Cara menggunakan kawalan suara dengan Netflix

Banyak peranti diaktifkan suara dan pembantu maya boleh digunakan untuk mengawal Netflix.

Peranti diaktifkan suara

Peranti diaktifkan suara mempunyai butang pada alat kawalan jauh untuk perintah suara.

Untuk menggunakan perintah suara:

  1. Tekan butang mikrofon pada alat kawalan jauh anda

  2. Semasa peranti sedang mendengar, katakan perintah suara yang disokong.

Jika anda tidak tahu sama ada peranti anda boleh diaktifkan suara, semak dengan pengeluar anda.

Pembantu maya

Pembantu maya seperti Amazon Alexa, Apple Siri, Google Assistant dan Samsung Bixby juga boleh digunakan dengan Netflix.

Untuk menggunakan kawalan suara:

  1. Katakan "kata bangun" pembantu untuk mengaktifkannya. Sesetengah peranti mempunyai butang untuk mengaktifkan pembantu tanpa kata bangun.

  2. Apabila pembantu sedang mendengar, katakan perintah suara yang disokong seperti, "Hai Bixby, lancarkan Netflix," atau "Hei Siri, buka Netflix."

Perhatian:
Bukan semua peranti diaktifkan suara dan pembantu maya menyokong semua perintah suara Netflix.

Perintah suara yang disokong

Tindakan yang boleh dilakukan oleh perintah suara termasuklah:

  • Buka Netflix. Katakan "Lancarkan Netflix" atau "Buka Netflix".

  • Cari atau semak imbas. Kami mengesyorkan agar ditambahkan "pada Netflix" semasa mencari, menyemak imbas atau memainkan rancangan TV atau filem.

    Untuk semak imbas mengikut kategori, pengarah atau pelakon, ikut contoh ini:

    • "Tunjukkan kepada saya komedi pada Netflix."

    • "Cari filem oleh Steven Spielberg pada Netflix."

    • "Tunjukkan kepada saya filem dengan Tom Cruise pada Netflix."

    Untuk mencari tajuk, musim atau episod tertentu:

    • "Cari Bird Box pada Netflix."

    • "Tunjukkan kepada saya Stranger Things pada Netflix."

  • Mainkan rancangan TV atau filem. Beritahu peranti anda nama rancangan TV atau filem yang ingin anda tonton, contohnya, "Mainkan The Irishman pada Netflix."

  • Kawal main balik. Untuk menjeda rancangan TV atau filem yang sedang anda tonton, katakan "Jeda". Anda juga boleh menggunakan kawalan lain seperti "mainkan", "mundar laju" dan "mandir".

Perhatian:
Jika anda menghadapi masalah dengan perintah suara, sila semak dengan pengeluar peranti anda.

Artikel Berkaitan