Cara menggunakan Netflix pada TV Sony atau pemain Blu-ray anda

Ketahui tentang ciri Netflix pada TV Sony atau pemain Blu-ray anda serta cara menyediakan dan mendaftar keluar daripada akaun anda. Jika anda tidak pasti sama ada Netflix berfungsi pada peranti anda, ikut langkah dalam bahagian “Sediakan Netflix”.

Netflix tersedia pada banyak peranti Sony, termasuk TV Android Sony dan TV Google Sony.

  • TV Android Sony BRAVIA (model tahun 2018 atau lebih baharu)

Pelarasan gambar
Model TV Sony lebih baharu yang tertentu mempunyai Mod Ditentukur Netflix agar anda boleh menonton Netflix dalam kualiti gambar asal yang dimaksudkan. Mod Ditentukur Netflix boleh dihidupkan dengan pergi ke tetapan TV anda, pilih mod kemudian hidupkan tetapan. Ketahui lebih lanjut tentang Mod Ditentukur Netflix.

Untuk menyambungkan TV Sony, pemain Blu-ray atau sistem teater rumah anda kepada akaun Netflix anda, pastikan anda berada pada skrin Utama dan buat pilihan berikut yang paling tepat menerangkan peranti anda.

  1. Tekan butang Netflix pada alat kawalan jauh anda.

  2. Pilih Daftar Masuk.

  3. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda.

  4. Pilih Daftar Masuk atau Teruskan.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

  1. Navigasi ke kiri atau ke kanan menggunakan kekunci anak panah pada alat kawalan jauh Sony anda untuk menyerlahkan pilihan Video atau Apl.

  2. Tekan atas atau bawah untuk menavigasi ke Netflix.

  3. Pilih Netflix.

    • Jika anda digesa untuk mendaftarkan peranti dengan Sony, ikut arahan pada skrin untuk membuat pendaftaran.

  4. Pilih Daftar Masuk.

  5. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda.

  6. Pilih Daftar Masuk.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

  1. Tekan butang Utama pada alat kawalan jauh papan kekunci tanpa wayar.

  2. Pilih Semua Apl.

  3. Navigasi ke apl Netflix, kemudian tekan OK menggunakan kekunci anak panah pada sebelah kiri alat kawalan jauh Google TV Sony anda.

  4. Pilih Daftar Masuk.

  5. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda.

  6. Pilih Teruskan.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

Untuk mendaftar keluar daripada akaun Netflix anda pada TV Sony, pemain Blu-ray atau sistem teater rumah anda, mulakan daripada skrin Utama dan buat pilihan di bawah yang paling tepat menerangkan peranti anda.

  1. Navigasi ke Skrin Utama Google TV (Sekiranya ragu-ragu, tekan Kekunci Utama).

  2. Pilih Semua Apl.

  3. Pilih Tetapan.

  4. Pilih Aplikasi.

  5. Pilih Urus Aplikasi.

  6. Gunakan anak panah arah untuk menatal sehingga anda melihat Netflix, kemudian pilih Netflix.

  7. Pilih Kosongkan Data dan tekan OK apabila digesa.

  1. Pergi ke skrin utama Netflix, kemudian pergi ke kiri untuk membuka menu.

  2. Pada bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan > Daftar keluar > Ya.

    Perhatian:Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, pergi ke atas dan pilih Tetapan.

Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, Tetapan atau Daftar keluar:

  1. Tekan butang ini mengikut urutan ini menggunakan alat kawalan jauh anda: Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.

  2. Pada menu yang dipaparkan, pilih Daftar keluar, Mulakan Semula, Tetapkan Semula atau Nyahaktifkan.

Netflix tersedia dalam Ultra HD pada kebanyakan TV Ultra HD Sony. Untuk menstrim dalam Ultra HD, anda akan memerlukan:

  • Pelan Netflix yang menyokong penstriman dalam Ultra HD.

  • TV Ultra HD 2014 atau lebih baharu dengan apl Netflix yang dapat menstrim kandungan Ultra HD pada 60 Hz.

  • Kelajuan sambungan Internet yang stabil dengan 15 megabit per saat atau lebih pantas.

  • Kualiti penstriman ditetapkan kepada Auto atau Tinggi.

Netflix tersedia dalam Dolby Vision dan HDR pada TV Sony dan pemain Blu-ray terpilih. Untuk menstrim dalam Dolby Vision atau HDR, anda akan memerlukan:

  • TV pintar yang menyokong sama ada Dolby Vision atau HDR10 dan Netflix.

    • Sekiranya anda menggunakan pemain Blu-ray didayakan HDR, anda perlu menyambungkannya kepada TV pintar didayakan HDR melalui port HDMI yang menyokong HDCP 2.2 atau lebih baharu (lazimnya port HDMI 1.)

  • Pelan Netflix yang menyokong penstriman dalam Ultra HD.

  • Kelajuan sambungan Internet yang stabil dengan 15 megabit per saat atau lebih pantas.

  • Kualiti penstriman ditetapkan kepada Auto atau Tinggi.

Artikel Berkaitan