Cara menggunakan Netflix pada TV Sharp atau pemain Blu-ray anda

Gunakan artikel ini untuk mengetahui tentang ciri Netflix pada TV Sharp, pemain Blu-ray atau sistem teater rumah anda dan cara menyediakan serta mendaftar keluar daripada akaun anda. Jika anda tidak pasti sama ada Netflix berfungsi pada peranti anda, ikut langkah dalam bahagian “Sediakan Netflix”.

Untuk menyambungkan TV Sharp, pemain Blu-ray atau sistem teater rumah anda kepada akaun Netflix anda, pastikan anda berada pada skrin Utama dan buat pilihan berikut yang paling tepat menerangkan peranti anda.

  1. Daripada skrin utama, pilih Netflix.

  2. Pilih Daftar masuk Ahli.

  3. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda.

  4. Pilih Teruskan.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

Untuk memulakan semula atau mendaftar masuk dengan alamat e-mel yang berlainan pada bila-bila masa semasa proses ini, gunakan kekunci anak panah pada alat kawalan anda untuk memasukkan urutan berikut:

  • Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas

  • Pilih Daftar keluar, Mulakan Semula atau Nyahaktifkan.

  1. Tekan butang Dok atau Apl pada alat kawalan jauh Sharp anda.

    Perhatian:Jika anda tidak melihat butang Dok atau Apl, tekan butang SmartCentral pada alat kawalan jauh anda, kemudian cari dan pilih Apl.

  2. Pilih ikon Netflix .

  3. Pilih Daftar Masuk.

  4. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda.

  5. Pilih Teruskan.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

Untuk memulakan semula atau mendaftar masuk dengan alamat e-mel yang berlainan pada bila-bila masa semasa proses ini, gunakan kekunci anak panah pada alat kawalan anda untuk memasukkan urutan berikut:

  • Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas

  • Pilih Daftar keluar, Mulakan Semula atau Nyahaktifkan.

  1. Daripada skrin utama, pilih Netflix.

  2. Pilih Daftar Masuk.

  3. Masukkan alamat e-mel ahli anda dan pilih Seterusnya.

  4. Masukkan kata laluan dan pilih Daftar Masuk.

  5. Pilih Mula.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

Untuk daftar keluar daripada akaun Netflix pada peranti anda, ikut langkah berikut.

  1. Pergi ke skrin utama Netflix, kemudian pergi ke kiri untuk membuka menu.

  2. Pada bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan > Daftar keluar > Ya.

    Perhatian:Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, pergi ke atas dan pilih Tetapan.

Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, Tetapan atau Daftar keluar:

  1. Tekan butang ini mengikut urutan ini menggunakan alat kawalan jauh anda: Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.

  2. Pada menu yang dipaparkan, pilih Daftar keluar, Mulakan Semula, Tetapkan Semula atau Nyahaktifkan.

  1. Pilih butang Menu pada alat kawalan jauh anda.

  2. Navigasi ke Tetapan menggunakan kursor pada alat kawalan jauh.

  3. Pilih Sistem.

  4. Pilih Penyahaktifan Netflix.

  5. Pilih Ya.

  6. Pilih Ok.

  1. Pergi ke skrin utama Netflix, kemudian pergi ke kiri untuk membuka menu.

  2. Pada bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan > Daftar keluar > Ya.

    Perhatian:Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, pergi ke atas dan pilih Tetapan.

Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, Tetapan atau Daftar keluar:

  1. Tekan butang ini mengikut urutan ini menggunakan alat kawalan jauh anda: Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.

  2. Pada menu yang dipaparkan, pilih Daftar keluar, Mulakan Semula, Tetapkan Semula atau Nyahaktifkan.

Netflix tersedia dalam Ultra HD pada kebanyakan TV Ultra HD Sharp. Untuk menstrim dalam Ultra HD, anda akan memerlukan:

  • Pelan Netflix yang menyokong penstriman dalam Ultra HD.

  • TV Ultra HD 2014 atau lebih baharu dengan apl Netflix yang dapat menstrim kandungan Ultra HD pada 60 Hz.

  • Kelajuan sambungan Internet yang stabil dengan 15 megabit per saat atau lebih pantas.

  • Kualiti penstriman ditetapkan kepada Auto atau Tinggi.

Netflix tersedia dalam Dolby Vision dan HDR pada TV Sharp terpilih. Untuk menstrim dalam Dolby Vision atau HDR, anda akan memerlukan:

  • TV pintar yang menyokong sama ada Dolby Vision atau HDR10 dan Netflix.

    • Sekiranya anda menggunakan pemain Blu-ray didayakan HDR, anda perlu menyambungkannya kepada TV pintar didayakan HDR melalui port HDMI yang menyokong HDCP 2.2 atau lebih baharu (lazimnya port HDMI 1.)

  • Pelan Netflix yang menyokong penstriman dalam Ultra HD.

  • Kelajuan sambungan Internet yang stabil dengan 15 megabit per saat atau lebih pantas.

  • Kualiti penstriman ditetapkan kepada Auto atau Tinggi.

Artikel Berkaitan