Cara menggunakan Netflix pada TV Toshiba atau pemain Blu-ray anda

Gunakan artikel ini untuk mengetahui tentang ciri Netflix pada TV Toshiba, pemain Blu-ray atau sistem teater rumah anda, termasuk cara menyediakan dan mendaftar keluar daripada akaun anda.

Untuk menyambungkan TV Toshiba, pemain Blu-ray atau sistem teater rumah anda kepada akaun Netflix anda, pastikan anda berada pada skrin Utama dan buat pilihan berikut yang paling tepat menerangkan peranti anda.

  1. Tekan butang Net TV pada alat kawalan jauh anda.

  2. Pilih ikon Netflix dan tekan OK.

  3. Pilih Daftar Masuk.

    • Jika anda tidak melihat Daftar Masuk, pilih Ya pada skrin Adakah anda ahli Netflix? .

    • Jika anda belum menjadi ahli, sediakan keahlian anda.

  4. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda serta pilih Daftar Masuk.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

Untuk memulakan semula atau mendaftar masuk dengan alamat e-mel yang berlainan pada bila-bila masa semasa proses ini, gunakan kekunci anak panah pada alat kawalan anda untuk memasukkan urutan berikut:

  • Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas

  • Pilih Daftar keluar, Mulakan Semula atau Nyahaktifkan.

  1. Navigasi ke pilihan Disambungkan dalam menu utama.

Perhatian:Netflix tidak tersedia pada model TV Android siri Toshiba Z670K dan X8900.

Untuk daftar keluar daripada akaun Netflix pada peranti anda, ikut langkah berikut.

  1. Pergi ke skrin utama Netflix, kemudian pergi ke kiri untuk membuka menu.

  2. Pada bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan > Daftar keluar > Ya.

    Perhatian:Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, pergi ke atas dan pilih Tetapan.

Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, Tetapan atau Daftar keluar:

  1. Tekan butang ini mengikut urutan ini menggunakan alat kawalan jauh anda: Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.

  2. Pada menu yang dipaparkan, pilih Daftar keluar, Mulakan Semula, Tetapkan Semula atau Nyahaktifkan.

Netflix tersedia dalam Ultra HD pada kebanyakan TV Ultra HD Toshiba. Untuk menstrim dalam Ultra HD, anda akan memerlukan:

  • Pelan Netflix yang menyokong penstriman dalam Ultra HD.

  • TV Ultra HD 2014 atau lebih baharu dengan apl Netflix yang dapat menstrim kandungan Ultra HD pada 60 Hz.

  • Kelajuan sambungan Internet yang stabil dengan 15 megabit per saat atau lebih pantas.

  • Kualiti penstriman ditetapkan kepada Auto atau Tinggi.

Netflix tersedia dalam Dolby Vision dan HDR pada TV Toshiba terpilih. Untuk menstrim dalam Dolby Vision atau HDR, anda akan memerlukan:

  • TV pintar yang menyokong sama ada Dolby Vision atau HDR10 dan Netflix.

    • Sekiranya anda menggunakan pemain Blu-ray didayakan HDR, anda perlu menyambungkannya kepada TV pintar didayakan HDR melalui port HDMI yang menyokong HDCP 2.2 atau lebih baharu (lazimnya port HDMI 1.)

  • Pelan Netflix yang menyokong penstriman dalam Ultra HD.

  • Kelajuan sambungan Internet yang stabil dengan 15 megabit per saat atau lebih pantas.

  • Kualiti penstriman ditetapkan kepada Auto atau Tinggi.

Artikel Berkaitan