Cara menggunakan Netflix pada TV Hisense atau pemain media penstriman anda

Netflix tersedia pada pelbagai peranti Hisense di Australia, Kanada, Eropah, Amerika Latin, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Untuk menyambungkan TV Hisense atau pemain media penstriman TV Google Hisense anda kepada akaun Netflix anda, pastikan anda berada pada skrin utama dan buat pilihan yang paling tepat menerangkan peranti anda.

  1. Tekan butang Hicast@ pada alat kawalan jauh Hisense anda.

  2. Pilih Netflix.

  3. Pilih Daftar masuk ahli dan ikut arahan pada skrin.

Untuk memulakan semula atau mendaftar masuk dengan alamat e-mel yang berlainan pada bila-bila masa semasa proses ini, gunakan kekunci anak panah pada alat kawalan anda untuk memasukkan urutan berikut:

  • Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas

  • Pilih Daftar keluar, Mulakan Semula atau Nyahaktifkan.

  1. Tekan butang Semua Apl pada alat kawalan jauh Hisense anda.

  2. Pilih Netflix.

  3. Pilih Daftar masuk ahli dan ikut arahan pada skrin.

Untuk memulakan semula atau mendaftar masuk dengan alamat e-mel yang berlainan pada bila-bila masa semasa proses ini, gunakan kekunci anak panah pada alat kawalan anda untuk memasukkan urutan berikut:

  • Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas

  • Pilih Daftar keluar, Mulakan Semula atau Nyahaktifkan.

  1. Daripada skrin utama, pilih Netflix.

  2. Pilih Daftar Masuk dan ikut arahan pada skrin.

Untuk memulakan semula atau mendaftar masuk dengan alamat e-mel yang berlainan pada bila-bila masa semasa proses ini, gunakan kekunci anak panah pada alat kawalan anda untuk memasukkan urutan berikut:

  • Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas

  • Pilih Daftar keluar, Mulakan Semula atau Nyahaktifkan.

Untuk daftar keluar daripada akaun Netflix pada peranti anda, ikut langkah berikut.

  1. Mulakan daripada skrin Utama.

  2. Pilih Tetapan.

  3. Pilih Aplikasi.

    • Jika Aplikasi tidak ditemui, pergi ke Rangkaian > Aplikasi.

  4. Pilih Netflix, kemudian pilih Nyahaktifkan.

Jika anda tidak mempunyai pilihan tersebut, ikut langkah di bawah.

  1. Pergi ke skrin utama Netflix, kemudian pergi ke kiri untuk membuka menu.

  2. Pada bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan > Daftar keluar > Ya.

    Perhatian:Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, pergi ke atas dan pilih Tetapan.

Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, Tetapan atau Daftar keluar:

  1. Tekan butang ini mengikut urutan ini menggunakan alat kawalan jauh anda: Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.

  2. Pada menu yang dipaparkan, pilih Daftar keluar, Mulakan Semula, Tetapkan Semula atau Nyahaktifkan.

Netflix tersedia dalam Ultra HD pada kebanyakan TV Ultra HD Hisense. Untuk menstrim dalam Ultra HD, anda akan memerlukan:

  • Pelan Netflix yang menyokong penstriman dalam Ultra HD.

  • TV Ultra HD 2014 atau lebih baharu dengan apl Netflix yang dapat menstrim kandungan Ultra HD pada 60 Hz.

  • Kelajuan sambungan Internet yang stabil dengan 15 megabit per saat atau lebih pantas.

  • Kualiti penstriman ditetapkan kepada Auto atau Tinggi.

Netflix tersedia dalam Dolby Vision dan HDR pada peranti TV Hisense terpilih. Untuk menstrim dalam Dolby Vision atau HDR, anda akan memerlukan:

  • TV pintar yang menyokong sama ada Dolby Vision atau HDR10 dan Netflix.

    • Sekiranya anda menggunakan pemain Blu-ray didayakan HDR, anda perlu menyambungkannya kepada TV pintar didayakan HDR melalui port HDMI yang menyokong HDCP 2.2 atau lebih baharu (lazimnya port HDMI 1.)

  • Pelan Netflix yang menyokong penstriman dalam Ultra HD.

  • Kelajuan sambungan Internet yang stabil dengan 15 megabit per saat atau lebih pantas.

  • Kualiti penstriman ditetapkan kepada Auto atau Tinggi.

Artikel Berkaitan