Cara menggunakan Netflix pada tablet Amazon Fire anda

Ketahui cara menyediakan dan mendaftar keluar daripada akaun Netflix anda pada tablet Amazon Fire HD anda.

Sediakan Netflix
Ciri Netflix
Daftar Keluar daripada Netflix
Netflix dalam HD

Anda boleh mendapatkan apl Netflix daripada Amazon Appstore pada tablet dengan Fire OS versi 5 atau lebih baharu.

Untuk menyambungkan tablet Amazon Fire kepada akaun Netflix anda:

  1. Daripada skrin utama, ketik Appstore.

  2. Di bahagian atas kanan, ketik butang Cari butang cari dan masukkan "Netflix".

  3. Dalam senarai, ketik Netflix, kemudian ketik Muat Turun.

  4. Setelah apl dipasang, ketik Buka.

  5. Ketik Daftar Masuk dan masukkan e-mel atau nombor telefon dan kata laluan Netflix anda.


Ciri penstriman Netflix pada peranti yang disokong termasuk:

Navigasi
Cari tajuk dengan mengetik butang Cari butang cari di sudut atas kanan apl. Anda juga boleh menatal melalui baris genre yang disyorkan pada skrin utama atau menyemak imbas semua genre melalui menu di bahagian atas. Untuk mundar laju atau mandir, ketik di mana-mana sahaja pada skrin, kemudian leret jari anda ke hadapan atau ke belakang sepanjang bar kemajuan. Tekan butang butang kembali kembali untuk menghentikan tontonan.

Sari kata & audio alternatif
Ketika main balik, ketik ikon butang Audio & Sari Kata butang audio & sari kata pada bahagian atas skrin untuk mengkonfigurasi sari kata dan audio bahasa alternatif.

Gambar dalam Gambar
Sesetengah tablet Fire membolehkan anda menonton Netflix semasa menggunakan apl lain. Bukan semua tablet Fire menyokong ciri ini. Untuk mendapatkan bantuan bagi Gambar dalam Gambar, hubungi Amazon atau pergi ke laman sokongan Amazon.

Muat Turun
Anda boleh memuat turun rancangan TV dan filem untuk ditonton semasa anda berada di luar talian. Rujuk artikel kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang muat turun.

Perhatian:
Muat turun disokong pada tablet dengan Fire OS versi 5 atau lebih baharu.

Untuk daftar keluar daripada akaun Netflix pada peranti anda, ikut langkah berikut.

  1. Pada sudut atas kanan, ketik ikon Profil anda butang profil.

  2. Ketik Daftar Keluar, kemudian ketik Daftar Keluar sekali lagi untuk pengesahan.

Netflix tersedia dalam HD Penuh (hingga 1080p) pada model tablet Fire yang berikut:

  • Fire Max 11

  • Fire HD 10

  • Fire HD 8

Artikel Berkaitan