Cara menyahpasang apl Netflix pada peranti Android

Untuk menyahpasang apl Netflix pada telefon atau tablet Android anda, ikut langkah berikut. Tindakan menyahpasang apl Netflix akan memadamkan rancangan TV atau filem yang telah anda muat turun pada peranti.

Kebanyakan peranti Android

  1. Buka apl Gedung Google Play.

  2. Cari Netflix.

  3. Pada halaman gedung apl Netflix, pilih Nyahpasang.

    • Tindakan menyahpasang apl Netflix akan memadamkan rancangan TV dan filem yang telah anda muat turun pada peranti.

  4. Untuk sahkan, pilih OK.

Anda boleh memasang semula Netflix pada bila-bila masa.

Amazon Fire Phone

  1. Mulakan pada skrin utama.

  2. Pusingkan telefon anda atau leret ke bawah dari bahagian atas skrin untuk membuka panel Tindakan Pantas.

  3. Pilih Tetapan.

  4. Pilih Urus Aplikasi.

  5. Pilih Netflix.

  6. Pilih Nyahpasang.

  7. Pilih OK untuk membuat pengesahan.

Anda boleh memasang semula Netflix pada bila-bila masa.

Kindle

Peranti Kindle Fire yang menjalankan Netflix 3.16 atau 4.16 tidak boleh dipasang semula selepas dinyahpasang. Jika anda merancang untuk menggunakan apl Netflix pada peranti ini, anda boleh mengosongkan sistem fail peranti tetapi jangan nyahpasang apl.
  1. Pilih Apl.

  2. Tekan dan tahan ikon Netflix.

  3. Pilih Alih keluar daripada peranti.

  4. Pilih OK.

Nook

Perhatian:
Pemadaman dan nyahpendaftaran tidak akan memadamkan kandungan daripada akaun Barnes & Noble anda. Anda akan dapat memuat turun semula kandungan tersebut setelah anda melakukan pemadaman dan nyahpendaftaran.
Pemadaman dan nyahpendaftaran akan memadamkan fail yang anda pindahkan daripada komputer kepada Nook Color anda. Pastikan anda menyandarkan fail tersebut sebelum mengikut langkah berikut.
  1. Di bahagian bawah skrin, ketik anak panah putih di bahagian tengah bar Navigasi Pantas.

  2. Ketik ikon Tetapan .

  3. Ketik Maklumat Peranti.

  4. Ketik Padam & Nyahdaftar Peranti.

  5. Ketik Padam & Nyahdaftar Peranti sekali lagi.

  6. Ketik Tetapkan Semula NooK.

  7. Setelah Nook ditetapkan semula dan dibut semula, ikut arahan pada skrin untuk membuat sambungan kepada akaun Barnes & Noble anda.

Setelah anda menyahpasang apl, anda boleh melancarkan semula apl ini pada bila-bila masa untuk meneruskan tontonan.

Artikel Berkaitan