Ralat Netflix 5.8

Anda mungkin menerima ralat 5.8 pada telefon atau tablet Android anda dengan mesej ini:

Terdapat masalah untuk memainkan video. Sila cuba lagi. (5.8)

Ralat ini berlaku apabila terdapat masalah dengan data yang disimpan pada peranti anda yang menghentikan Netflix daripada dimainkan.

Untuk menyelesaikan masalah:

Tablet with power icon indicating turn off process

  1. Matikan telefon atau tablet anda. Pastikan peranti dimatikan, bukan hanya dikunci.

  2. Hidupkannya semula.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

Jika anda menggunakan kertas hias dinding langsung atau beranimasi, ikut langkah ini:

  1. Ketik Paparan.

  2. Ketik Kertas hias dinding.

  3. Pilih mana-mana kertas hias dinding langsung atau beranimasi, kemudian ketik Tetapkan Kertas Hias Dinding.

  4. Ketik Skrin utama atau skrin kunci.

  5. Cuba Netflix sekali lagi.

Perhatian:Jika peranti anda mempunyai pilihan yang berbeza berbanding langkah ini, semak manual pengguna peranti anda atau dapatkan bantuan daripada pengeluar peranti.

Anda boleh mengemas kini OS (sistem operasi) peranti Android anda dalam apl Tetapan. Lawati halaman sokongan Google untuk mengetahui langkah atau menyelesaikan masalah.

Langkah ini mungkin mengalih keluar apl, data atau tetapan yang disimpan pada peranti anda. Sebelum anda meneruskan langkah, pastikan anda menyediakan nama dan kata laluan Wi-Fi anda serta maklumat daftar masuk Netflix.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu menghubungi syarikat yang mengeluarkan peranti anda.

Semasa anda bercakap dengan mereka, minta bantuan mereka bagi langkah-langkah ini. Selepas setiap langkah, cuba Netflix sekali lagi untuk menyemak jika langkah tersebut dapat menyelesaikan masalah.

  1. Kemas kini perisian tegar atau perisian peranti anda kepada versi terkini.

  2. Pulihkan peranti anda kepada tetapan asal, sepertimana anda mula-mula mendapat peranti tersebut.

Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.

Artikel Berkaitan