Cara menyelesaikan masalah lazim pada telefon atau tablet Android

Berikut ialah beberapa cara menyelesaikan masalah lazim pada peranti Android.

Perhatian: Jika mesej yang mengandungi teks dan/atau nombor dipaparkan pada peranti anda, taipkan mesej tersebut dengan tepat dalam Pusat Bantuan kami untuk mendapatkan arahan yang lebih khusus bagi masalah anda.

Tablet with power icon indicating turn off process

  1. Matikan telefon atau tablet anda. Pastikan peranti dimatikan, bukan hanya dikunci.

  2. Hidupkannya semula.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka halaman Netflix di Play Store.

  2. Ketik Kemas kini.

    "Update” button for Netflix being tapped on Android phone.

Perhatian: Jika anda tidak melihat pilihan ini, maka apl anda adalah terkini.

Penyelesaian masalah

Jika anda mengosongkan data apl Netflix anda, mana-mana rancangan TV dan filem yang anda muat turun pada peranti anda akan dialih keluar Anda juga akan didaftar keluar daripada akaun anda. Pastikan anda mempunyai kata laluan anda.

  1. Cari apl Netflix pada peranti Android anda.

  2. Ketik dan tahan ikon apl, kemudian ketik Maklumat apl.

  3. Ketik Storan & cache > Kosongkan storan > OK.

    "Clear storage” button for Netflix being tapped on Android phone.

  4. Cuba Netflix sekali lagi.

Perhatian: Langkah sebenar mungkin berbeza bagi peranti anda. Semak manual peranti anda atau hubungi syarikat pengeluar peranti tersebut untuk mendapatkan arahan terkini.

Anda boleh mengemas kini OS (sistem operasi) peranti Android anda dalam apl Tetapan. Lawati halaman sokongan Google untuk mengetahui langkah atau menyelesaikan masalah.

Jika anda menyahpasang Netflix, mana-mana rancangan TV atau filem yang anda muat turun pada peranti anda akan dialih keluar. Anda juga akan didaftar keluar daripada akaun anda. Pastikan anda mempunyai kata laluan anda.

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka halaman Netflix di Play Store.

  2. Ketik Nyahpasang, kemudian Pasang.

    “Uninstall” button for Netflix being tapped on Android phone.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

  1. Menggunakan penyemak imbas, pergi ke fast.com.

  2. Tunggu ujian selesai.

Jika penyemak imbas anda menunjukkan mesej ralat atau laman web tidak dimuatkan, hal ini bermaksud peranti anda tidak menyambung kepada Internet. Anda mungkin perlu menyelesaikan masalah rangkaian rumah anda atau sambungan peranti anda kepada Internet.

Resetting modem and device, 30-sec timer, cable unplugged.

  1. Matikan peranti anda, atau cabut palam modem dan penghala anda daripada kuasa.

  2. Selepas 30 saat, pasangkan palam modem dan penghala anda.

  3. Tunggu 1 minit, kemudian hidupkan peranti anda.

  4. Cuba Netflix sekali lagi.

Perhatian: Sesetengah peranti, modem dan penghala mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menyambung semula kepada Internet.

Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah atau tiada artikel yang sepadan dengan masalah anda, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Artikel Berkaitan