Netflix menyatakan 'Netflix tidak tersedia lagi pada peranti ini.'
Jika anda menerima kod ralat seperti R40, R12 atau R25-1 atau salah satu mesej dalam kotak di bawah, hal ini bermaksud peranti anda tidak lagi menyokong atau tidak dapat menyokong Netflix selepas tarikh tertentu. Sila ambil perhatian bahawa ralat ini melibatkan peranti yang anda gunakan dengan Netflix. Akaun dan keahlian Netflix anda tidak berubah sama sekali.
Mesej ralat:
Netflix tidak tersedia lagi pada peranti ini. Sila lawati netflix.com/compatibledevices untuk melihat senarai peranti yang disokong.
Malangnya, Netflix tidak tersedia lagi pada peranti ini selepas (DATE). Sila lawati netflix.com/compatibledevices untuk melihat senarai peranti yang disokong.
Anda masih boleh menikmati Netflix pada pelbagai peranti yang disokong.
Jika anda mempunyai batang penstriman, kotak atas set atau konsol permainan yang menyambung kepada TV anda menggunakan kabel HDMI, semak untuk melihat sama ada apl Netflix dipasang atau tidak.