Apakah itu Netflix?

Netflix menstrim tajuk pada peranti yang berlainan

Netflix ialah perkhidmatan penstriman berasaskan langganan yang membolehkan ahli kami menonton rancangan TV dan filem pada peranti yang disambungkan ke Internet.   

Bergantung pada pelan anda, anda juga boleh memuat turun rancangan TV dan filem pada peranti iOS, Android atau Windows 10 anda dan menonton tanpa sambungan Internet.

Jika anda merupakan ahli dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan Netflix, lawati Bermula dengan Netflix.


Rancangan TV & Filem

Baris imej pada sudut yang menunjukkan rancangan TV dan filem berlainan yang distrimkan pada Netlfix

Kandungan Netflix berbeza-beza mengikut rantau dan mungkin berubah dari semasa ke semasa. Anda boleh menonton pelbagai rancangan asli Netflix, rancangan TV, filem, dokumentari yang memenangi anugerah dan banyak lagi.

Lebih banyak yang anda tonton, lebih baik cadangan rancangan TV dan filem daripada Netflix.


Peranti Yang Disokong

Beberapa peranti Netflix yang disokong ditunjukkan dari atas bawah

Anda boleh menonton Netflix melalui peranti disambungkan ke Internet yang menawarkan apl Netflix, termasuk TV pintar, konsol permainan, pemain media penstriman, kotak atas set, telefon pintar dan tablet. Anda juga boleh menonton Netflix pada komputer anda menggunakan penyemak imbas Internet. Anda boleh menyemak keperluan sistem untuk keserasian penyemak imbas web dan semak cadangan kelajuan Internet kami untuk mencapai prestasi terbaik.

Perhatian:
Sebilangan kecil peranti mungkin tidak disokong dalam semua pelan.

Perlukan bantuan untuk membuat penyediaan? Buat carian dalam Pusat Bantuan kami tentang pengeluar peranti yang anda gunakan.

Perhatian:
Apl Netflix mungkin dipramuat pada peranti tertentu atau anda mungkin perlu memuat turun apl Netflix pada peranti anda. Fungsi apl Netflix mungkin berbeza-beza antara peranti.

Pelan dan Harga

Netflix mempunyai pelan yang membolehkan anda menonton pada 1, 2 atau 4 skrin pada masa yang sama

Setiap pelan Netflix menentukan bilangan peranti yang boleh anda gunakan untuk menonton Netflix pada masa yang sama dan sama ada anda boleh menonton dalam Definisi Tinggi (HD), Definisi Tinggi Penuh (FHD) atau Definisi Ultra Tinggi (UHD).

Anda boleh menukar pelan anda atau membuat pembatalan dalam talian pada bila-bila masa.


Mulakan

Untuk mula menonton Netflix:

  1. Lawati netflix.com/signup.

  2. Pilih pelan.

  3. Cipta akaun dengan memasukkan alamat e-mel anda dan mencipta kata laluan.

  4. Masukkan kaedah pembayaran.

Sebagai ahli Netflix, anda akan dikenakan caj sekali sebulan pada hari yang sama dengan hari pendaftaran anda.

Artikel Berkaitan