Kelajuan Internet yang disyorkan Netflix

Untuk mendapatkan kualiti video terbaik semasa menonton rancangan TV, filem atau acara live di Netflix, kami mengesyorkan agar anda menggunakan kelajuan sambungan Internet yang stabil (seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah).

Kualiti video

Resolusi

Kelajuan yang disyorkan

Definisi tinggi (HD)

720p

3 Mbps atau lebih laju

Definisi tinggi penuh (FHD)

1080p

5 Mbps atau lebih laju

Definisi ultra tinggi (UHD)

4K

15 Mbps atau lebih laju

Cara mengurus kualiti video Netflix

Cara mengurus penggunaan data dan lebar jalur

Cara menyemak kelajuan Internet anda

  • Untuk menyemak kelajuan Internet anda pada telefon bimbit, tablet atau komputer, buka penyemak imbas web dan lawati Fast.com.

  • Pada peranti lain seperti TV atau peranti yang disambung kepada TV, anda boleh menyemak kelajuan Internet anda dalam apl Netflix dengan mengikut langkah berikut:

  1. Pergi ke skrin utama Netflix dan tekan butang kembali pada alat kawalan anda untuk mengakses menu.

  2. Jika menu terletak di bahagian atas: Klik pada ikon profil anda di sebelah kiri atas skrin, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Semak Rangkaian Anda.

    Jika menu terletak di bahagian kiri: Pergi ke sebelah bawah skrin, pilih Dapatkan Bantuan, kemudian Semak Rangkaian Anda.

Jika semakan gagal atau menunjukkan ralat, hal ini biasanya bermaksud peranti anda tidak menyambung kepada Internet.

Jika kelajuan Internet anda lebih perlahan daripada jangkaan anda, hubungi penyedia perkhidmatan Internet anda untuk mendapatkan bantuan.

  1. Buka Netflix.

  2. Pilih Dapatkan Bantuan .

  3. Pilih Semak Rangkaian anda.

Jika semakan gagal atau menunjukkan ralat, hal ini biasanya bermaksud peranti anda tidak menyambung kepada Internet.

Jika kelajuan Internet anda lebih perlahan daripada jangkaan anda, hubungi penyedia perkhidmatan Internet anda untuk mendapatkan bantuan.

Artikel Berkaitan