Anda mungkin melihat mesej ini pada TV atau peranti penstriman TV anda apabila anda cuba membuka Netflix:
Netflix menghadapi ralat. Cuba semula selepas [X] saat. Kod: NW-2-5
Kod ralat NW-2-5 bermaksud peranti anda mengambil masa yang terlalu lama untuk menyambung kepada Netflix. Hal ini lazimnya disebabkan masalah sambungan Internet pada peranti atau rangkaian rumah anda.
Ikut langkah berikut untuk menyelesaikan masalah. Jika masalah masih berterusan selepas melakukan langkah ini, anda mungkin perlu menghubungi penyedia perkhidmatan Internet (ISP) anda.
Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah, hubungi penyedia perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk mendapatkan bantuan penyelesaian masalah sambungan rangkaian.
ISP anda boleh:
Menyemak gangguan Internet di kawasan anda.
Menyelesaikan masalah penghala atau modem yang biasa dan tetapan rangkaian yang salah.
Memulakan semula atau menetapkan semula sambungan rangkaian anda.
Semasa bercakap dengan ISP anda, beritahu mereka:
Sama ada masalah hanya berlaku pada satu peranti atau peranti lain pada rangkaian yang sama.
Sama ada peranti anda bersambung menggunakan Wi-Fi atau menggunakan kabel secara terus.
Sebelum anda menamatkan perbualan dengan ISP anda:
Dengan menggunakan penyemak imbas, pergi ke fast.com untuk menguji kelajuan Internet dan sambungan anda secara terus ke Netflix.
Cuba mainkan Netflix sekali lagi untuk memastikan masalah sudah diselesaikan.