Rancangan TV atau filem dimuatkan secara perlahan atau selalu mengalami masalah penimbalan
Jika rancangan TV atau filem anda dimuatkan secara perlahan atau anda menghadapi masalah penimbalan atau penimbalan semula ketika Netflix dimainkan, sambungan Internet pada peranti anda mungkin lemah atau tidak stabil.
Perhatian: Jika Netflix membeku atau tersekat semasa dimuatkan, ikut langkah ini.
Untuk menyelesaikan masalah, ikut langkah untuk peranti anda.
Rangkaian awam:
Bagi Wi-Fi di tempat seperti kafe, hotel atau sekolah, tanya sama ada perkhidmatan video seperti Netflix disekat.
Rangkaian peribadi:
Semak sama ada sambungan anda lebih perlahan daripada kelajuan yang disyorkan dan hubungi penyedia perkhidmatan Internet anda jika anda memerlukan bantuan.
Sambungan seperti hotspot mudah alih, selular atau rangkaian satelit mungkin terlalu perlahan untuk menggunakan Netflix.
Jika anda menonton Netflix melalui komputer, telefon bimbit atau tablet anda, anda boleh menyemak kelajuan sambungan anda di fast.com.
Menggunakan penyemak imbas web, lawati fast.com.
Tunggu sehingga ujian selesai, kemudian pastikan kelajuan Internet anda memenuhi cadangan kelajuan Internet.
Matikan telefon atau tablet anda. Pastikan peranti dimatikan, bukan hanya dikunci.
Hidupkannya semula.
Cuba Netflix sekali lagi.
Anda boleh mengemas kini OS (sistem operasi) peranti Android anda dalam apl Tetapan. Lawati halaman sokongan Google untuk mengetahui langkah atau menyelesaikan masalah.
Matikan peranti anda, atau cabut palam modem dan penghala anda daripada kuasa.
Selepas 30 saat, pasangkan palam modem dan penghala anda.
Tunggu 1 minit, kemudian matikan peranti anda.
Cuba Netflix sekali lagi.
Perhatian:Sesetengah peranti, modem dan penghala mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menyambung semula kepada Internet.
Untuk mendapatkan isyarat yang lebih baik, anda boleh:
Alihkan penghala dan peranti anda agar lebih dekat antara satu sama lain. Jika boleh, letakkan di dalam bilik yang sama.
Alihkan penghala anda daripada peranti dan alatan wayarles lain.
Letakkan penghala anda di ruang terbuka dan bukan di atas permukaan lantai. Penghala mendapat penerimaan yang lebih baik apabila berada di atas meja atau rak buku.
Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah, hubungi penyedia perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk mendapatkan bantuan penyelesaian masalah sambungan rangkaian.
ISP anda boleh:
Menyemak gangguan Internet di kawasan anda.
Menyelesaikan masalah penghala atau modem yang biasa dan tetapan rangkaian yang salah.
Memulakan semula atau menetapkan semula sambungan rangkaian anda.
Semasa bercakap dengan ISP anda, beritahu mereka:
Sama ada masalah hanya berlaku pada satu peranti atau peranti lain pada rangkaian yang sama.
Sama ada peranti anda bersambung menggunakan Wi-Fi atau menggunakan kabel secara terus.
Sebelum anda menamatkan perbualan dengan ISP anda:
Dengan menggunakan penyemak imbas, pergi ke fast.com untuk menguji kelajuan Internet dan sambungan anda secara terus ke Netflix.
Cuba mainkan Netflix sekali lagi untuk memastikan masalah sudah diselesaikan.
Rangkaian awam:
Bagi Wi-Fi di tempat seperti kafe, hotel atau sekolah, tanya sama ada perkhidmatan video seperti Netflix disekat.
Rangkaian peribadi:
Semak sama ada sambungan anda lebih perlahan daripada kelajuan yang disyorkan dan hubungi penyedia perkhidmatan Internet anda jika anda memerlukan bantuan.
Sambungan seperti hotspot mudah alih, selular atau rangkaian satelit mungkin terlalu perlahan untuk menggunakan Netflix.
Jika anda menonton Netflix melalui komputer, telefon bimbit atau tablet anda, anda boleh menyemak kelajuan sambungan anda di fast.com.
Menggunakan penyemak imbas web, lawati fast.com.
Tunggu sehingga ujian selesai, kemudian pastikan kelajuan Internet anda memenuhi cadangan kelajuan Internet.
Tekan dan tahan butang sisi dan salah satu butang kelantangan pada masa yang sama sehingga gelangsar dipaparkan. Seret gelangsar atas untuk mematikan peranti anda sepenuhnya.
Jika gelangsar tidak dipaparkan, tekan dan tahan butang Tidur/Bangun sehingga gelangsar merah dipaparkan, kemudian seret gelangsar.
Selepas 10 saat, tekan butang Tidur/Bangun.
Setelah kuasa peranti anda dihidupkan, cuba Netflix sekali lagi.
Matikan peranti anda, atau cabut palam modem dan penghala anda daripada kuasa.
Selepas 30 saat, pasangkan palam modem dan penghala anda.
Tunggu 1 minit, kemudian matikan peranti anda.
Cuba Netflix sekali lagi.
Perhatian:Sesetengah peranti, modem dan penghala mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menyambung semula kepada Internet.
Untuk mendapatkan isyarat yang lebih baik, anda boleh:
Alihkan penghala dan peranti anda agar lebih dekat antara satu sama lain. Jika boleh, letakkan di dalam bilik yang sama.
Alihkan penghala anda daripada peranti dan alatan wayarles lain.
Letakkan penghala anda di ruang terbuka dan bukan di atas permukaan lantai. Penghala mendapat penerimaan yang lebih baik apabila berada di atas meja atau rak buku.
Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah, hubungi penyedia perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk mendapatkan bantuan penyelesaian masalah sambungan rangkaian.
ISP anda boleh:
Menyemak gangguan Internet di kawasan anda.
Menyelesaikan masalah penghala atau modem yang biasa dan tetapan rangkaian yang salah.
Memulakan semula atau menetapkan semula sambungan rangkaian anda.
Semasa bercakap dengan ISP anda, beritahu mereka:
Sama ada masalah hanya berlaku pada satu peranti atau peranti lain pada rangkaian yang sama.
Sama ada peranti anda bersambung menggunakan Wi-Fi atau menggunakan kabel secara terus.
Sebelum anda menamatkan perbualan dengan ISP anda:
Dengan menggunakan penyemak imbas, pergi ke fast.com untuk menguji kelajuan Internet dan sambungan anda secara terus ke Netflix.
Cuba mainkan Netflix sekali lagi untuk memastikan masalah sudah diselesaikan.
Rangkaian awam:
Bagi Wi-Fi di tempat seperti kafe, hotel atau sekolah, tanya sama ada perkhidmatan video seperti Netflix disekat.
Rangkaian peribadi:
Semak sama ada sambungan anda lebih perlahan daripada kelajuan yang disyorkan dan hubungi penyedia perkhidmatan Internet anda jika anda memerlukan bantuan.
Sambungan seperti hotspot mudah alih, selular atau rangkaian satelit mungkin terlalu perlahan untuk menggunakan Netflix.
Jika anda menonton Netflix melalui komputer, telefon bimbit atau tablet anda, anda boleh menyemak kelajuan sambungan anda di fast.com.
Menggunakan penyemak imbas web, lawati fast.com.
Tunggu sehingga ujian selesai, kemudian pastikan kelajuan Internet anda memenuhi cadangan kelajuan Internet.
Matikan kuasa komputer anda melalui menu:
Mac: Di bahagian atas kiri, klik menu Apple, kemudian klik Matikan.
Windows: Klik menu Mula, kemudian klik Kuasa > Matikan.
Chromebook: Di bahagian bawah kanan, klik masa, kemudian klik Daftar keluar > Matikan.
Matikan komputer anda selama sekurang-kurangnya 10 saat.
Hidupkannya semula dan cuba Netflix sekali lagi.