Cara mendapatkan kualiti video terbaik

Pastikan anda menonton Netflix dalam kualiti tertinggi, sama ada dengan HD, 4K Ultra HD atau HDR.

Anda akan mendapat kualiti terbaik secara automatik tetapi jika kualiti tidak sebaik yang anda jangkakan, artikel ini mungkin dapat membantu anda. 


Pertama sekali, setiap rancangan TV dan filem Netflix menyediakan halaman butiran dengan perihalan tajuk, klasifikasi kematangan dan banyak lagi. Halaman tersebut juga memaparkan label kualiti video yang menunjukkan kualiti tajuk yang akan dimainkan pada peranti yang anda gunakan.

Resolusi (butiran):

 
4K: Resolusi tertinggi yang tersedia pada Netflix buat masa ini. Juga dikenali sebagai Ultra HD atau 4K Ultra HD.

 
HD: Sama ada dalam definisi tinggi penuh (1080p) atau definisi tinggi (720p).

Julat dinamik (kontras & keamatan warna):

 
Dolby Vision: Sistem julat dinamik tinggi (HDR) yang dibangunkan oleh Dolby Laboratories.

 
HDR: Satu lagi sistem julat dinamik tinggi, juga dikenali sebagai HDR10.

Pada kebanyakan TV, Netflix sentiasa menunjukkan label resolusi. Jika terdapat pilihan definisi tinggi, Netflix akan menunjukkan label sistem definisi tinggi yang akan digunakan oleh tajuk untuk dimainkan pada TV.

Pada sesetengah TV dan peranti lain, anda akan melihat hanya satu label kualiti video jika lebih daripada satu label terpakai. Jika julat dinamik tinggi disokong oleh tajuk, peranti hanya akan menunjukkan label tersebut. Contohnya, jika tajuk dimainkan dalam 4K dan juga menyokong Dolby Vision pada peranti, hanya label Dolby Vision akan ditunjukkan.

Oleh itu, cari label 4K dan HD untuk menyemak resolusi serta label Dolby Vision dan HDR untuk menyemak julat dinamik tinggi. Langkah 4 yang berikut menunjukkan tajuk yang boleh digunakan untuk menyemak setiap label.

Perhatian:
Sesetengah peranti mudah alih tidak sentiasa menstrim kandungan dalam HDR walaupun label HDR dipaparkan, contohnya jika peranti berada dalam mod kuasa rendah atau menggunakan sambungan selular.

Sediakan sistem anda untuk mendapatkan kualiti video terbaik

Ikut setiap langkah yang berikut. Jika anda membuat sebarang perubahan, hentikan tontonan dan semak untuk mengetahui jika terdapat perbezaan sebelum meneruskan tontonan.

1. Semak pelan anda

Semak pelan yang anda langgan dan pastikan pelan tersebut menyokong kualiti pilihan anda.

Perhatian:
Jika anda menonton pada peranti yang boleh memainkan kualiti lebih baik daripada yang dibenarkan pada pelan anda, kami mungkin menjemput anda untuk meningkatkan pelan agar anda dapat memanfaatkan peralatan anda sepenuhnya.

2. Semak rangkaian anda

Netflix mengikut kesesuaian kelajuan sambungan Internet anda untuk memastikan anda dapat menonton tanpa gangguan. Kualiti penstriman Netflix mungkin yang lebih rendah pada sambungan Internet yang perlahan atau tidak stabil.

  • Pada telefon, komputer atau tablet, semak kelajuan Internet anda di Fast.com.

    1. Pastikan peranti yang anda gunakan untuk semakan menggunakan rangkaian yang sama dengan peranti yang mahu digunakan untuk tontonan.

    2. Untuk hasil yang paling tepat, jalankan ujian berhampiran peranti yang mahu digunakan untuk tontonan. Jika anda menonton Netflix pada TV melalui sambungan Wi-Fi, letakkan telefon atau komputer anda berhampiran TV sebelum menjalankan ujian.

  • Jika sambungan Internet anda lebih perlahan daripada yang diperlukan untuk resolusi tertentu, video anda akan dimainkan pada kualiti yang lebih rendah.

    • 4K: minimum 15 Mbps

    • 1080p HD: 5 Mbps

    • 720p HD: 3 Mbps

    • 480p SD: 1 Mbps

    Perhatian:
    Ada kalanya tajuk mula dimainkan pada resolusi yang lebih rendah sebelum bertukar kepada resolusi yang lebih tinggi selepas seketika.

3. Semak peranti anda

Untuk mendapatkan kualiti terbaik yang tersedia bagi pelan anda, semua peranti yang anda gunakan perlu menyokong kualiti tersebut. Jika anda melanggan pelan Premium dan mahu menonton pada TV menggunakan batang penstriman dan penerima audio, maka ketiga-tiga peranti perlu menyokong 4K untuk menonton tajuk dalam 4K.

  • Anda juga harus pastikan semua peranti menjalankan perisian atau perisian tegar yang terkini dan tetapan resolusi video adalah setara atau lebih tinggi daripada kualiti yang anda mahu.

  • Kabel dan port video anda yang dipasang pada peranti tersebut juga mestilah menyokong kualiti pelan anda. Bagi pelan Premium, anda perlu menggunakan kabel HDMI Berkelajuan Tinggi Premium atau HDMI Berkelajuan Ultra Tinggi. (Tidak pasti jenis kabel yang anda gunakan? Label ini biasanya dicetak pada kabel atau hujung kabel.)

  • Bagi 4K atau HDR, pastikan peranti dan kabel dipasang pada port HDMI yang menyokong HDCP 2.2 atau lebih baharu (biasanya port HDMI 1).

  • Jika peranti atau kabel tidak memenuhi semua keperluan untuk kualiti tertentu semasa persediaan, Netflix akan memainkan video pada kualiti paling tinggi yang tersedia bagi peranti, port atau kabel tersebut.

4. Semak dengan tajuk yang betul

Kebanyakan (tetapi bukan semua) tajuk Netflix tersedia dalam HD atau 4K. Cari “HD” atau “4K” untuk melihat senarai tajuk.

  • Peringatan: Halaman butiran tajuk menunjukkan kualiti video dan audio tajuk seperti yang akan dimainkan pada peranti anda. Filem mungkin tersedia dalam 4K tetapi jika kualiti peranti anda ialah 1080p, butiran akan menunjukkan HD dan bukannya 4K dan tajuk akan dimainkan pada kualiti 1080p.  

  • Tajuk untuk diuji:

5. Semak tetapan akaun anda

Anda boleh menggunakan tetapan lalai atau menyemak semula untuk memastikan kualiti tidak ditetapkan kepada yang lebih rendah. Pergi ke Tetapan Main Balik pada profil yang mahu anda gunakan untuk tontonan dan pastikan Penggunaan data setiap skrin ditetapkan kepada kualiti yang diingini:

  • 4K: Tinggi atau Auto

  • 1080P HD: Tinggi atau Auto

  • 720p HD: Sederhana, Tinggi atau Auto

Perhatian:
Untuk rangkaian dengan kelajuan penstriman yang berbeza-beza, penggunaan tetapan selain Auto mungkin akan merangsang kelajuan tertentu – dan meningkatkan kualiti video. Jika tindakan ini menyebabkan penimbalan atau pembekuan video, tukar semula tetapan kepada Auto.
Perhatian:
Penstriman dalam kualiti video yang lebih tinggi menggunakan lebih banyak data. Lihat Cara mengawal jumlah data yang digunakan oleh Netflix.

Menonton pada komputer atau peranti mudah alih? Anda mungkin perlu menyemak beberapa perkara lagi. Rujuk artikel bagi peranti anda untuk mendapatkan maklumat lanjut: Windows, Mac, telefon/tablet Android, iPhone/iPad

Jika anda telah mengikut semua langkah dan masih tidak menerima kualiti video yang anda harapkan, hubungi pengeluar peranti anda.

Artikel Berkaitan