Cara menukar pelan anda
Anda boleh menukar pelan Netflix anda dengan mengikut langkah ini:
Pergi ke halaman Tukar Pelan pada penyemak imbas. Anda mungkin perlu mendaftar masuk jika anda belum berbuat demikian.
Pilih pelan yang diingini, kemudian pilih Teruskan atau Kemas Kini.
Jika anda tidak melihat pilihan untuk menukar pelan anda, lihat bahagian "Tidak dapat menukar pelan" di bawah.
Ketik atau klik Sahkan Perubahan atau Sahkan.
Penukaran kepada pelan dengan harga yang lebih mahal berkuat kuasa dengan serta-merta agar anda boleh menikmati semua ciri yang ditambahkan. Memandangkan Netflix ialah perkhidmatan prabayar, tarikh pengebilan anda akan berubah berdasarkan baki bayaran terakhir anda.
Penukaran pelan kepada harga yang lebih rendah akan berkuat kuasa pada tarikh pengebilan anda yang seterusnya. Sementara itu, anda boleh terus menggunakan ciri pelan dengan harga yang lebih mahal.
Perhatian: Jika anda melanggan Netflix melalui pakej rakan kongsi atau pakej tambahan,cari di Pusat Bantuan kami untuk artikel berkenaan rakan kongsi anda untuk mendapatkan butiran tentang masa penukaran pelan dan kelayakan.