Cara menggunakan Netflix pada iPhone atau iPad anda

Ketahui tentang ciri Netflix pada iPhone atau iPad, termasuk cara menyediakan dan mendaftar keluar daripada akaun anda. Jika anda tidak pasti sama ada Netflix berfungsi pada peranti anda, ikut langkah dalam bahagian “Sediakan Netflix”.

Versi terkini apl Netflix tersedia pada iPhone dan iPad yang dipasang dengan iOS/iPadOS 17 atau lebih baharu. Ketahui cara menemukan versi peranti anda.

Perhatian: Anda boleh mendapatkan apl Netflix pada peranti iOS yang dipasang dengan iOS 5 atau lebih baharu jika apl tersebut pernah dimuat turun sebelum ini. Ketahui cara memuat turun semula apl daripada App Store.

Untuk mendapatkan Netflix pada iPhone atau iPad anda, ikut langkah yang berikut.

  1. Buka App Store.

  2. Pilih Cari.

  3. Taipkan Netflix dalam bar Carian dan ketik butang Cari.

  4. Pilih Netflix daripada hasil carian.

  5. Pilih Dapatkan atau ketik ikon Awan.

  6. Ketik ikon Netflix pada skrin Utama.

  7. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda, kemudian pilih Daftar Masuk.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

Ciri penstriman Netflix pada peranti yang disokong termasuk:

Carian
Cari rancangan TV dan filem dengan membuat carian terus pada apl Netflix semasa menggunakan iPhone atau iPad anda.

Sari kata & audio alternatif
Semasa rancangan TV atau filem sedang dimainkan, ketik skrin untuk membuka pilihan main. Di sebelah kanan, anda akan menemukan pilihan untuk mendayakan sari kata, jika tersedia.

Muat Turun

Anda boleh memuat turun rancangan TV dan filem untuk ditonton di luar talian pada peranti iOS yang dipasang dengan iOS 9 atau lebih baharu.

Video keluar
iPhone dan iPad menyokong video keluar melalui beberapa jenis kit sambungan khusus Apple yang serasi. Maklumat lanjut tersedia pada laman sokongan Apple.

Gambar dalam Gambar (memerlukan iOS 14 atau lebih baharu)
Sesetengah model iPad dan iPhone membenarkan anda menonton Netflix semasa menggunakan apl lain. Lawati laman sokongan Apple untuk mendapatkan arahan terperinci tentang cara menggunakan ciri ini.

Perhatian: Gambar dalam Gambar tidak tersedia pada pelan dengan iklan.

Audio Ruang (memerlukan iOS 14.6 atau lebih baharu)
Pelan Premium Netflix menyokong audio ruang pada model iPad dan iPhone serasi yang menggunakan fon kepala AirPods Pro dan AirPods Max. Untuk mendapatkan arahan terperinci tentang penggunaan audio ruang, lawati laman sokongan Apple.

Perhatian: Audio ruang disokong apabila menstrim kandungan. Rancangan TV dan filem yang dimuat turun akan menggunakan audio stereo atau binaural.

Julat Dinamik Tinggi (HDR)
Sesetengah model iPhone dan iPad boleh memainkan Netflix dalam Dolby Vision atau HDR. Untuk menyemak jika peranti mudah alih anda menyokong HDR, pergi ke bahagian di bawah.

Perhatian:Sesetengah peranti mudah alih tidak sentiasa menstrim kandungan dalam HDR walaupun label HDR dipaparkan, contohnya jika peranti berada dalam mod kuasa rendah atau menggunakan sambungan selular.

Model dan resolusi yang serasi

iPhone yang menyokong HDR mestilah menggunakan versi iOS yang terkini untuk menonton Netflix dalam HDR.

Model

Resolusi

  • iPhone 5, iPhone 5C dan iPhone 5S

  • iPhone 6, iPhone 6S

  • iPhone 7

  • iPhone SE (generasi pertama)

480p (iOS 5 dan iOS 6)

720p (iOS 7 dan lebih baharu)

  • iPhone 6 Plus, iPhone 6S Plus

  • iPhone 7 Plus

1080p

  • iPhone 8

  • iPhone SE (generasi ke-2)

  • iPhone XR

  • iPhone 11

720p

Julat Dinamik Tinggi

  • iPhone 8 Plus

  • iPhone X, iPhone XS, iPhone XS Max

  • iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max

  • iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max

  • iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max

  • iPhone SE (generasi ke-3)

  • iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Pro Max

  • iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max

  • iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro, iPhone 16 Pro Max

1080p

Julat Dinamik Tinggi

iPad yang menyokong HDR mestilah menggunakan versi iPadOS yang terkini untuk menonton Netflix dalam HDR.

Model

Resolusi

iPad (generasi ke-4)

480p (iOS 5 dan iOS 6)

1080p (iOS 7 dan lebih baharu)

  • iPad (generasi ke-5, ke-6, ke-7, ke-8, ke-9 dan ke-10)

  • iPad Air (generasi pertama, ke-3 dan ke-4)

  • iPad Air 2, iPad mini 2

  • iPad mini 3

  • iPad mini 4

  • iPad mini (generasi ke-5 dan ke-6)

  • iPad Pro 9.7"

  • iPad Pro 12.9" (generasi pertama)

1080p

  • iPad Pro 10.5"

  • iPad Pro 11" (generasi pertama, ke-2 dan ke-3)

  • iPad Pro 12.9" (generasi ke-2, ke-3, ke-4, ke-5 dan ke-6)

1080p

Julat Dinamik Tinggi

Perhatian:iPad yang menggunakan iPadOS 13 atau lebih baharu juga boleh menonton Netflix menggunakan penyemak imbas Safari.

Model

Resolusi

  • iPod touch generasi ke-6

  • iPod touch generasi ke-7

480p (iOS 6)

720p (iOS 7 dan lebih baharu)

Terdapat 2 cara mendaftar keluar daripada Netflix pada iPhone, iPad atau iPod touch anda:

  1. Buka apl Netflix.

  2. Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya.

  3. Di bahagian atas kanan, ketik Menu.

  4. Ketik Daftar Keluar, kemudian ketik Daftar Keluar untuk membuat pengesahan.

  1. Leret ke atas dari bahagian bawah skrin dan jeda untuk memaparkan apl yang sedang dibuka.

    • Bagi peranti dengan butang Utama, tekan dua kali dengan pantas.

  2. Leret ke kiri atau ke kanan sehingga anda melihat apl Netflix.

  3. Leret ke atas pada pratonton apl Netflix untuk menutupnya.

    • Pada iOS 6, tahan jari anda pada apl sehingga lencana merah dengan garis melaluinya dipaparkan, kemudian ketik lencana untuk menutup aplikasi.

  4. Tekan butang Utama untuk kembali ke skrin Utama.

  5. Pilih Tetapan.

  6. Leret ke bawah sehingga anda menemukan apl Netflix.

  7. Pilih Netflix.

  8. Luncurkan suis Tetapkan Semula kepada kedudukan Hidup.

    Perhatian:Tindakan menetapkan semula apl Netflix akan memadamkan tajuk yang telah anda muat turun melalui apl.

  9. Tekan butang Utama untuk kembali ke skrin Utama.

  10. Pilih Netflix.

  11. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda.

Artikel Berkaitan