Untuk menukar penampilan sari kata dan kapsyen tertutup

Anda boleh menukar fon, saiz, bayang dan warna latar belakang sari kata dan kapsyen tertutup.

  1. Melalui penyemak imbas, pergi ke halaman Akaun anda.

  2. Pilih Profil, kemudian pilih profil.

  3. Pilih Penampilan sari kata.

    Perhatian:Pilihan penampilan sari kata tidak tersedia di sesetengah negara dengan bahasa utama yang berikut, walaupun jika profil ditetapkan kepada bahasa yang berlainan: Arab dan Ibrani. Pilihan penampilan yang dipilih juga mungkin tidak dipaparkan pada sesetengah peranti yang lebih lama.

  4. Pilih tetapan penampilan sari kata anda.

  5. Pilih Simpan.

  6. Buka apl Netflix pada peranti anda untuk mula menonton dengan penampilan sari kata anda yang baharu.

    Perhatian:Jika anda menggunakan TV atau peranti penstriman, buka apl Netflix dan pilih Tetapan, kemudian Dapatkan Bantuan, kemudian Muat Semula supaya perubahan dapat dilaksanakan. Penampilan sari kata mungkin tidak tersedia untuk bahasa tertentu pada sesetengah peranti TV.

  1. Buka apl Netflix dan mula mainkan rancangan TV atau filem.

  2. Jeda Netflix dan pilih kawalan pemain pada bahagian bawah skrin.

  3. Pilih Tetapan untuk melaraskan Saiz dan Gaya sari kata.

    Jika Tetapan tidak ditunjukkan, ini bermakna peranti anda tidak menyokong penukaran penampilan sari kata bagi bahasa anda.

  4. Pilih keutamaan Saiz dan Gaya anda.

  5. Sambung semula tajuk tersebut.

Perhatian:Peranti yang disambungkan tidak menawarkan semua pilihan penampilan sari kata yang tersedia daripada penyemak imbas web.

  1. Buka apl Netflix.

  2. Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya.

  3. Di bahagian atas kanan, ketik Menu.

  4. Ketik >Urus Profil.

  5. Pilih profil yang ingin anda edit.

  6. Ketik Penampilan Sari Kata.

  7. Pilih tetapan penampilan sari kata anda. Tetapan baharu akan disimpan secara automatik.

  8. Untuk membuat tetapan semula, ketik Pulihkan Tetapan Lalai.

Perhatian:Perubahan yang dibuat menggunakan apl Netflix hanya akan ditunjukkan pada tajuk yang dimainkan pada peranti mudah alih Android anda.

Lawati laman Sokongan Apple atau lawati artikel di bawah untuk mendapatkan arahan:

Mahu menghidupkan atau mematikan tetapan, menukar sari kata, kapsyen atau bahasa audio anda? Ketahui cara menggunakan sari kata, kapsyen atau memilih bahasa audio anda.

Artikel Berkaitan