Bermula dengan Netflix

Selamat datang ke Netflix! Berikut ialah beberapa maklumat untuk membantu anda bermula. Jika anda tidak melihat topik yang anda inginkan di sini, cuba buat carian dalam Pusat Bantuankami. Jika anda belum mendaftar dan ingin mengetahui lebih lanjut, lawati Apakah itu Netflix?

Mendaftar Masuk

Setelah anda membuka apl Netflix atau laman web Netflix, pilih Daftar Masuk untuk mengakses akaun anda dan mula menonton rancangan TV dan filem. Anda boleh mendaftar masuk pada peranti yang serasi dengan Netflix atau pada berbilang peranti yang serasi. Jika anda mengalami masalah, semak langkah penyelesaian masalah di Tidak dapat mendaftar masuk ke Netflix. Jika anda tidak mempunyai apl Netflix, lawati Bagaimanakah cara memuat turun apl Netflix

Mencipta Profil

Anda boleh mencipta profil untuk ahli dalam isi rumah anda agar mereka mempunyai pengalaman Netflix yang diperibadikan. Akaun anda boleh mempunyai sehingga lima profil individu dan anda boleh menetapkan tahap klasifikasi kematangan pada setiap profil. Setiap profil akan mempunyai cadangan tersendiri berdasarkan klasifikasi dan cita rasa profil tersebut.

Mencari rancangan TV dan filem

Anda boleh mencari tajuk yang anda minat atau menyemak imbas cadangan yang disediakan oleh Netflix. Setelah anda mula menonton dan menilaikan tajuk, Netflix akan menunjukkan cadangan. Anda juga boleh mendayakan sari kata, kapsyen atau audio alternatif bagi pelbagai tajuk atau menyemak imbas tajuk dengan sari kata atau bahasa audio pilihan anda.

Mengurus akaun anda

Anda boleh mengemas kini maklumat akaun anda pada bila-bila masa dan menukar e-mel, nombor telefon atau pelan keahlian anda dengan membuat pilihan Akaun dalam menu Netflix. Dengan Profil & Kawalan Ibu Bapa, anda juga dapat menyelaraskan kawalan kandungan, seperti pilihan main balik, bahasa dan sari kata. Artikel berikut boleh membantu anda mengetahui cara mengurus akaun anda.

Keahlian & pengebilan

Butiran pelan

Tetapan

Profil Saya

Penstriman pada peranti yang berbeza

Jika anda mempunyai lebih daripada satu peranti yang serasi dengan Netflix, anda boleh menukar peranti pada bila-bila masa. Pelan keahlian anda menentukan bilangan skrin yang dapat anda tonton pada masa yang sama tetapi bilangan peranti yang boleh anda kaitkan dengan akaun anda tidak dihadkan. Jika anda ingin menonton pada peranti baharu atau berbeza, daftar masuk ke Netflix pada peranti tersebut. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang peranti yang serasi dengan Netflix atau artikel tentang memuat turun apl Netflix kami untuk bantuan dalam penyediaan peranti baharu.

Tonton dalam perjalanan

Anda boleh mengakses Netflix di lebih daripada 190 buah negara di seluruh dunia. Jika anda mengetahui anda akan berada di luar talian, anda boleh memuat turun rancangan TV dan filem pada Netflix. Untuk menonton dari latitud atau zon waktu yang berbeza, ketahui perkara yang boleh dijangkakan semasa dalam perjalanan atau perpindahan.

Artikel Berkaitan