Cara mencipta, mengedit atau memadamkan profil
Orang yang tinggal bersama dalam satu isi rumah boleh menikmati pengalaman Netflix yang diperibadikan bagi mereka.
Anda boleh memiliki hingga 5 profil pada satu akaun Netflix tetapi akaun Ahli tambahan hanya boleh memiliki 1 profil.
Setiap profil mempunyai tetapan tersendiri bagi:
Maklumat peribadi dan maklumat hubungan (termasuk nama profil, nama pengguna dan alamat e-mel)
Perhatian: Bergantung pada akaun dan profil anda, maklumat ini juga mungkin termasuk jantina, nama pertama dan nama keluarga serta nombor telefon.Kunci profil
Pilihan bahasa
Tahap kematangan dan had tontonan khusus
Penampilan sari kata
Tetapan main balik
Tetapan pemberitahuan
Log aktiviti tontonan
Nama pengguna
Simpanan permainan
Cadangan rancangan dan filem yang diperibadikan
Senarai Saya
Rating
Perhatian: Sesetengah ciri profil tidak tersedia untuk profilKanak-kanak.
Perhatian: Profil tidak tersedia pada peranti yang dibuat sebelum tahun 2013.