Cara melindungi akaun anda
Berikut ialah cadangan utama kami untuk membantu anda melindungi akaun dan maklumat peribadi anda.
Gunakan kata laluan Netflix yang kukuh dan tidak digunakan di tempat lain
Anda disyorkan menggunakan kata laluan Netflix yang kukuh dan unik untuk melindungi akaun anda.
Kata laluan anda perlu mengandungi:
Berlainan dengan kata laluan yang anda gunakan untuk laman web atau apl lain
Mengandungi sekurang-kurangnya 8 aksara
Mengandungi gabungan huruf besar dan huruf kecil, nombor dan simbol
Sukar diteka - seperti “kata laluan”, “12345678” atau maklumat peribadi lain (nama, tarikh lahir, alamat)
Pengurus kata laluan boleh memudahkan penjejakan kata laluan unik.
Elakkan daripada menggunakan maklumat daftar masuk yang sama dengan laman web, apl atau perkhidmatan lain untuk Netflix. Jika maklumat daftar masuk bocor atau diceroboh luar daripada Netflix, penyerang boleh menggunakan maklumat tersebut untuk mengakses dan menukar akaun Netflix anda dan mengambil alih akaun yang menggunakan maklumat yang sama.
Jika anda menghadapi masalah untuk mengingati kata laluan, pengurus kata laluan boleh menjana kata laluan panjang yang unik dan menjejaki kata laluan tersebut untuk anda. Kebanyakan penyemak imbas dan telefon kini menyertakan pengurus kata laluan secara percuma.
Anda boleh menukar kata laluan dengan menghantar e-mel atau SMS untuk penetapan semula kata laluan kepada diri sendiri atau menukar kata laluan pada halaman Tukar Kata Laluan.
Lindungi maklumat peribadi anda
Netflix tidak akan meminta anda berkongsi maklumat peribadi atau maklumat kewangan yang sensitif melalui SMS atau e-mel. Maklumat ini termasuklah:
Nombor kad kredit atau debit
Butiran akaun bank
Kata laluan Netflix
Kami juga tidak akan meminta pembayaran melalui vendor atau laman web pihak ketiga.
Perkara lain yang harus anda lakukan
Jika anda mempunyai pertanyaan tentang privasi maklumat anda, sila lihat Pernyataan Privasi kami.