E-mel atau teks pemancingan data atau mencurigakan yang didakwa daripada Netflix

Jika anda menerima e-mel atau mesej teks (SMS) yang meminta e-mel akaun Netflix, nombor telefon, kata laluan atau kaedah pembayaran anda, e-mel atau mesej teks itu mungkin bukan daripada Netflix. Berikut ialah petua untuk mengenal pasti dan mengendalikan e-mel dan teks yang mencurigakan untuk melindungi akaun anda.

Cara mengenal pasti sama ada e-mel atau teks yang saya terima benar-benar daripada Netflix

  • Kami tidak akan meminta anda berkongsi maklumat peribadi anda melalui teks atau e-mel. Maklumat ini termasuklah:

    • Nombor kad kredit atau debit

    • Butiran akaun bank

    • Kata laluan Netflix

  • Kami tidak akan meminta pembayaran melalui vendor atau laman web pihak ketiga.

  • Jika teks atau e-mel dipautkan kepada URL yang tidak dikenali, jangan ketik atau klik URL tersebut. Jika anda telah ketik atau klik pada URL tersebut, jangan masukkan sebarang maklumat di laman web yang dipaparkan.

Apakah yang patut saya lakukan jika saya menerima e-mel atau teks yang mencurigakan?

Penipu tidak dapat memperoleh maklumat melainkan anda mendedahkannya kepada mereka. Oleh itu, jangan klik pautan dalam mesej atau membalas mesej mereka.

E-mel mencurigakan

  1. Jangan klik pautan atau buka lampiran.

  2. Majukan e-mel tersebut kepada phishing@netflix.com.

    Perhatian:
    Jika e-mel anda ditolak semasa anda memajukannya, hal ini bermakna kami telah menerima salinan mesej pemancingan data. Anda hanya perlu memadamkan e-mel atau mesej tersebut dan tidak perlu mengambil tindakan lain.
  3. Padamkan e-mel tersebut.

Mesej teks (SMS) yang mencurigakan

Android

  1. Ketik dan tahan mesej yang ingin anda majukan.

  2. Ketik Majukan mesej.

  3. Ketik anak panah Majukan .

  4. Masukkan phishing@netflix.com.

  5. Pilih alamat yang baru anda masukkan.

  6. Ketik Hantar Anak panah Hantar.

  7. Padamkan mesej tersebut.

Perhatian:
Langkah ini mungkin berlainan bagi peranti anda. Untuk mendapatkan langkah bagi peranti anda, semak manual yang disertakan bersama atau dapatkan bantuan daripada pengeluar.


iPhone, iPad, iPod Touch

  1. Ketik dan tahan mesej yang ingin anda majukan.

  2. Ketik Lagi... diikuti anak panah Majukan Anak panah Majukan .

  3. Masukkan phishing@netflix.com.

  4. Ketik Hantar Anak panah Hantar.

  5. Padamkan mesej tersebut. 


Perhatian:
Yuran mesej teks mungkin dikenakan.

Apakah yang berlaku jika saya mengklik pautan atau berkongsi maklumat peribadi?

  • Tukar kata laluan Netflix anda kepada kata laluan baharu yang kuat dan unik kepada Netflix.

  • Kemas kini kata laluan anda pada laman web atau apl lain yang anda gunakan gabungan e-mel dan kata laluan yang sama.

    Perhatian:
    Untuk melindungi akaun anda, anda disyorkan untuk tidak menggunakan gabungan e-mel dan kata laluan yang sama bagi mana-mana laman web atau apl.
  • Hubungi institusi kewangan anda jika anda telah memasukkan maklumat pembayaran kerana akaun anda mungkin telah diceroboh.

  • Majukan mesej kepada phishing@netflix.com dengan mengikut langkah di atas.

Bagaimana jika saya melihat laman web atau apl yang menyamar sebagai Netflix atau Khidmat Pelanggan Netflix?

  1. Jangan klik apa-apa pautan atau masukkan apa-apa maklumat pada laman web atau apl tersebut.

  2. Hantar salinan pautan ke laman web atau apl yang menyamar sebagai Netflix melalui e-mel kepada phishing@netflix.com.

Apakah cara terbaik untuk menjamin keselamatan maklumat saya?

Berhati-hati apabila anda menerima e-mel atau teks yang meminta maklumat peribadi. 

  • Jangan klik pautan sekiranya anda berasa ragu-ragu; lawati terus laman web syarikat tersebut.

  • Jangan hantar maklumat peribadi atau maklumat kewangan yang sensitif melalui e-mel.

  • Semak alamat e-mel penghantar untuk mengenal pasti sama ada alamat e-mel tersebut kelihatan sah.

  • Pada penyemak imbas komputer, tuding pada pautan sebelum mengklik padanya untuk melihat URL. Pastikan pautan menghalakan anda ke tempat yang sepatutnya.

  • Pasang perisian antivirus untuk melindungi peranti dan maklumat peribadi anda.

Sila hubungi kami jika anda berpendapat bahawa e-mel anda ditukar tanpa kebenaran anda agar kami dapat membantu anda memulihkannya. Anda juga boleh melawati Cara menjamin keselamatan akaun anda untuk mendapatkan lebih banyak petua keselamatan.

Artikel Berkaitan