Cara menyembunyikan tajuk daripada sejarah tontonan

Apabila anda menyembunyikan tajuk daripada sejarah tontonan anda:

  • Tajuk tersebut tidak akan dipaparkan dalam Netflix sebagai rancangan TV atau filem yang sudah anda tonton.

  • Tajuk tersebut tidak akan digunakan untuk memberikan cadangan kepada anda, melainkan anda menontonnya semula.

  • Tajuk tersebut akan dialih keluar daripada baris Teruskan Tontonan.

Untuk menyembunyikan tajuk daripada sejarah tontonan anda:

  1. Pada penyemak imbas web, pergi ke halaman Akaun anda.

  2. Daripada bahagian Profil & Kawalan Ibu Bapa, pilih profil.

    • Bagi sesetengah akaun, pilih Profil, kemudian pilih profil. 

  3. Buka Aktiviti tontonan untuk profil tersebut.

  4. Pada halaman Tontonan, klik ikon sembunyikan di sebelah episod atau tajuk yang ingin disembunyikan. Jika anda menyembunyikan satu episod, anda akan melihat pilihan untuk menyembunyikan seluruh siri.

    • Untuk menyembunyikan semua sejarah tontonan anda, buat pilihan Sembunyikan semua pada bahagian bawah halaman dan buat pengesahan.

Penyingkiran tajuk tersembunyi daripada semua peranti anda mungkin mengambil masa sehingga 24 jam. Tajuk tidak boleh disembunyikan jika halaman Aktiviti tontonan diakses daripada profil Netflix Kanak-kanak.

Lihat Halaman bantuan Privasi dan Keselamatan untuk maklumat tentang lebih banyak topik.

Artikel Berkaitan