Cara menukar atau menetapkan semula kata laluan anda

Menetapkan semula kata laluan anda

Anda boleh menetapkan semula kata laluan dengan meminta pautan penetapan semula dihantar kepada anda melalui e-mel atau SMS. (Kami hanya boleh menghantar SMS jika anda telah menambahkan nombor telefon bimbit pada akaun Netflix anda.) Jika anda tidak boleh menggunakan e-mel atau nombor telefon anda, anda mungkin boleh menggunakan maklumat kad kredit anda.

  1. Lawati netflix.com/loginhelp dan pilih E-mel.

  2. Masukkan alamat e-mel anda dan klik Hantar E-mel kepada Saya.

  3. Semak peti masuk (dan folder spam) anda untuk mencari e-mel penetapan semula daripada Netflix.

  4. Buka e-mel tersebut dan klik butang Tetapkan semula kata laluan anda. (Pautan penetapan semula kata laluan akan tamat tempoh selepas 24 jam.)

    Mail from Netflix for password reset with a cursor clicking the red "Reset your password" button.

  5. Cipta kata laluan baharu yang lebih mudah diingati, masukkannya dua kali, kemudian klik Simpan.

    Perhatian: Kata laluan baharu anda tidak boleh sama dengan kata laluan yang sebelumnya. Ketahui tentang Cara melindungi akaun anda.

  6. Anda disyorkan untuk menandakan petak Daftar keluar daripada semua peranti. Kemudian, klik Simpan untuk mengesahkan kata laluan baharu anda.

    Perhatian: Keselamatan akaun lebih terjamin jika anda mendaftar keluar daripada semua peranti yang anda gunakan untuk menonton Netflix apabila anda menukar kata laluan. Anda akan dapat mendaftar masuk semula dengan kata laluan baharu anda.

    Sepanduk akan dipaparkan di bahagian atas skrin Akaun anda yang mengesahkan bahawa kata laluan anda telah ditukar. Anda juga akan menerima e-mel pengesahan.

    Netflix security page displaying successful password change confirmation with a green notification banner.

    Jika anda memerlukan bantuan untuk mendaftar masuk ke TV atau peranti yang disambung kepada TV, rujuk artikel Cara mendaftar masuk ke Netflix.

Penyelesaian masalah

Tidak menerima e-mel

  1. Semak e-mel dalam folder spam, remeh atau promosi.

  2. Jika anda tidak dapat menemukan e-mel dalam folder, cuba tambahkan info@account.netflix.com pada senarai kenalan anda. Kemudian, hantar e-mel penetapan semula kata laluan kepada diri anda sekali lagi.

  3. Jika anda masih tidak menerima e-mel, mungkin terdapat penangguhan pada pihak penyedia e-mel anda. Sila tunggu selama 5 jam, kemudian semak semula peti masuk anda.

Pautan tidak berfungsi

  1. Padamkan e-mel tetapan semula kata laluan Netflix yang terdapat dalam peti masuk anda.

  2. Lawati netflix.com/clearcookies. Langkah ini akan menyebabkan anda didaftar keluar dan dihalakan kembali ke halaman utama.

  3. Lawati netflix.com/loginhelp.

  4. Pilih E-mel.

  5. Masukkan alamat e-mel anda dan klik Hantar E-mel kepada Saya.

  6. Kembali kepada e-mel anda dan ikut langkah dalam e-mel tetapan semula kata laluan Netflix yang baharu.

Jika anda masih menghadapi masalah, cuba tetapkan semula kata laluan anda pada komputer, telefon bimbit atau tablet lain.

Kata laluan ini tidak selamat atau terlalu biasa

Jika anda melihat mesej ini semasa menetapkan semula atau menukar kata laluan anda, hal ini bermaksud kata laluan yang anda pilih telah disenaraikan sebagai terjejas atau kata laluan lazim yang kami tidak benarkan atas sebab keselamatan. Anda perlu memilih kata laluan yang berlainan.

  1. Lawatinetflix.com/loginhelp dan pilih Mesej Teks (SMS).

    Netflix account screen displaying password recovery options with SMS selected and cursor clicking the Text Me button.

  2. Masukkan nombor telefon yang dipautkan kepada akaun anda dan klik Hantar SMS kepada Saya.

  3. Anda akan menerima SMS dengan kod pengesahan.

    Mobile device displaying Netflix verification code in a text message bubble.

  4. Masukkan kod dan klik Sahkan. (Kod akan tamat tempoh selepas 20 minit.)

    Netflix verification screen showing code entry field and cursor pointing to red Verify button.

  5. Cipta kata laluan baharu yang lebih mudah diingati dan masukkannya dua kali.

    Perhatian: Kata laluan baharu anda tidak boleh sama dengan kata laluan yang sebelumnya. Ketahui tentang Cara melindungi akaun anda.

  6. Anda disyorkan untuk menandakan petak Daftar keluar daripada semua peranti. Kemudian, klik Simpan untuk mengesahkan kata laluan baharu anda.

    Perhatian: Keselamatan akaun lebih terjamin jika anda mendaftar keluar daripada semua peranti yang anda gunakan untuk menonton Netflix apabila anda menukar kata laluan. Anda akan dapat mendaftar masuk semula dengan kata laluan baharu anda.

    Sepanduk akan dipaparkan di bahagian atas skrin Akaun anda yang mengesahkan bahawa kata laluan anda telah ditukar. Anda juga akan menerima e-mel pengesahan.

    Netflix security page displaying successful password change confirmation with a green notification banner.

    Jika anda memerlukan bantuan untuk mendaftar masuk ke TV atau peranti yang disambung kepada TV, rujuk artikel Cara mendaftar masuk ke Netflix.

Penyelesaian masalah

Nombor telefon tidak dipautkan kepada akaun
Jika anda belum menambahkan nombor telefon pada akaun anda, anda perlu menetapkan semula kata laluan anda melalui e-mel. Setelah mendaftar masuk, anda boleh menambahkan nombor telefon pada bila-bila masa dengan lawati halaman Akaun anda dan memilih Tambahkan nombor telefon. Jika nombor telefon pada akaun anda tidak lagi sah, lawati halaman Akaun anda dan pilih Tukar nombor telefon.

Jika anda membayar Netflix menggunakan kad kredit atau debit:

  1. Pastikan anda mempunyai nombor kad kredit atau debit anda.

  2. Lawati netflix.com/loginhelp dan pilih Saya tidak ingat e-mel atau nombor telefon saya.

    Netflix account screen displaying password update interface with form fields and I dont remember my mail or phone link being selected.

    Perhatian: Jika anda tidak melihat pilihan ini, hal ini bermaksud pemulihan akaun menggunakan kad kredit tidak tersedia di rantau anda. Hubungi kami untuk mendapatkan bantuan.

  3. Masukkan nama pertama dan nama keluarga pada akaun serta nombor kad kredit atau debit yang digunakan untuk membayar Netflix, kemudian pilih Cari Akaun.

    Jika kami menemukan akaun anda menggunakan maklumat tersebut, kami akan menghantar e-mel penetapan semula kata laluan kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun tersebut.

Jika anda dibilkan melalui pihak ketiga dan tidak dapat mendaftar masuk:

Jika anda membayar Netflix melalui pihak ketiga atau langganan anda disertakan dalam pakej, cari nama pihak ketiga dalam Pusat Bantuan kami untuk mencari artikel yang sesuai. Kemudian, lihat bahagian "Saya menghadapi masalah untuk mendaftar masuk ke Netflix" untuk mendapatkan arahan.

Jika anda tidak menggunakan kad debit atau kredit untuk membayar Netflix, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan.

Menukar kata laluan anda

Smartphone screen displaying Netflix security settings with the 'Password' option highlighted.

Jika anda tahu kata laluan anda dan boleh mendaftar masuk ke Netflix tetapi mahu menukarnya, pergi ke halaman Tukar kata laluan.

  • Anda tidak boleh menukar kata laluan anda jika profil Kanak-kanak adalah aktif. Tukar kepada profil lain terlebih dahulu, kemudian tukar kata laluan.

Kata laluan yang anda pilih seharusnya:

  • Berlainan dengan kata laluan yang anda gunakan untuk laman web atau apl lain

  • Mengandungi sekurang-kurangnya 8 aksara

  • Mengandungi gabungan huruf besar dan huruf kecil, nombor dan simbol

  • Sukar diteka - seperti “kata laluan”, “12345678” atau maklumat peribadi lain (nama, tarikh lahir, alamat)

Pengurus kata laluan boleh memudahkan penjejakan kata laluan unik.

Artikel Berkaitan