Cara mencipta profil untuk kanak-kanak

Untuk mengurus jenis rancangan, filem dan permainan yang boleh ditonton atau dimainkan oleh kanak-kanak dan pengguna lain pada akaun Netflix anda, anda boleh mencipta profil individu dengan klasifikasi kematangan tersuai. Profil boleh ditambahkan pada peranti yang dikeluarkan selepas tahun 2013.

  1. Pergi ke halaman Urus Profil anda menggunakan peranti berikut:

    • TV atau peranti penstriman: Pergi ke skrin pemilihan profil, kemudian pilih Tambah Profil+.

    • Telefon atau tablet Android, iPhone, atau iPad: Di bahagian bawah kanan apl Netflix, ketik Netflix Saya, ketik profil anda, kemudian ketik Urus Profil.

    • Penyemak imbas web: Pergi ke halaman Urus Profil anda.

  2. Pilih Tambah Profil.

  3. Tambahkan nama pada profil tersebut. Untuk menggunakan pengalaman Netflix Kanak-kanak, pilih Untuk Kanak-kanak, Profil Kanak-kanak atau Kanak-kanak? bergantung pada peranti anda.

    • Profil Kanak-kanak mempunyai logo pada ikon profil agar mudah untuk dikenal pasti.

  4. Pilih Teruskan. Profil baharu akan ditunjukkan dalam senarai profil pada akaun anda.

Jika anda tidak dapat mencipta profil daripada peranti anda atau semasa menggunakan penyemak imbas mudah alih, lawati netflix.com pada komputer dan ikut langkah di atas.

Perhatian: Profil utama pada akaun Netflix anda tidak boleh disediakan sebagai profil Kanak-kanak.


Anda juga boleh mengedit profil sekunder yang sedia ada menggunakan peranti ini.

Telefon atau tablet Android, iPhone atau iPad

  1. Buka apl Netflix.

  2. Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya, ketik profil anda, kemudian ketik Urus Profil.

  3. Pada profil yang ingin anda edit, ketik ikon Edit.

  4. Ketik Sekatan Tontonan.

  5. Ketik Klasifikasi Kematangan.

  6. Masukkan kata laluan akaun Netflix anda.

  7. Ketik Profil Kanak-kanak, kemudian ketik ikon Kembali.

  8. Ketik Mulakan Semula Apl.

Penyemak imbas web

  1. Menggunakan penyemak imbas, akses halaman Urus Profil pilih profil yang ingin anda edit.

  2. Di bawah Tetapan Klasifikasi Kematangan, pilih Edit.

  3. Masukkan kata laluan akaun Netflix anda.

  4. Pilih Paparkan pengalaman Netflix Kanak-kanak dengan tajuk khas untuk kanak-kanak.

  5. Pilih Simpan.

Jika anda memilih klasifikasi kematangan yang lebih tinggi daripada tahap yang dibenarkan bagi pengalaman Netflix Kanak-kanak, maka pengalaman Netflix Kanak-kanak tidak akan digunakan pada profil tersebut.


Pengalaman Netflix Kanak-kanak

Profil pengalaman Netflix Kanak-kanak:

  • Terdapat logo pada ikon profil agar mudah dikenal pasti.

  • Mempunyai penampilan yang lebih ringkas dan ceria.

  • Menyingkirkan akses langsung kepada tetapan akaun.

  • Hanya memainkan rancangan, filem dan permainan yang dipilih untuk kanak-kanak secara teliti.

Perhatian:Peranti anda mungkin perlu disegar semula untuk mendapatkan tetapan yang dikemas kini. Untuk segar semula:

  • Tukar kepada profil lain, kemudian tukar kembali.

  • Atau daftar keluar daripada peranti anda, kemudian daftar masuk semula.

Artikel Berkaitan