Cara menambahkan, mengedit atau mengalih keluar PIN profil

Untuk menyekat akses kepada profil tertentu pada akaun anda, anda boleh melindungi akaun dengan PIN Kunci Profil. Anda akan memasukkan PIN ini untuk membuka profil atau memainkan tajuk yang dimuat turun daripadanya.

Perhatian: Akaun ahli tambahan mempunyai 1 profil dan tidak boleh mempunyai kunci profil.

Telefon atau tablet Android, iPhone atau iPad

  1. Buka apl Netflix.

  2. Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya .

  3. Di bahagian atas kanan, ketik menu .

  4. Ketik Urus Profil , kemudian pilih profil yang ingin anda edit.

  5. Ketik Kunci Profil .

  6. Tambah, edit atau alih keluar PIN profil.

    Untuk menambahkan PIN profil, ketik Cipta Kunci Profil.

    1. Sahkan identiti anda dengan memasukkan kata laluan akaun Netflix anda.

      Perhatian: Jika anda tidak mempunyai kata laluan untuk akaun anda, ikut langkah yang berikut di bahagian "Penyemak imbas web" untuk mengubah tetapan anda.

    2. Masukkan 4 nombor untuk mencipta PIN Kunci Profil anda.

    Untuk mengedit PIN profil, ketik Edit PIN.

    1. Masukkan PIN semasa anda.

    2. Masukkan PIN baharu anda.

    Untuk mengalih keluar PIN profil, ketik Padam Kunci Profil.

    1. Masukkan PIN semasa anda.

    2. Ketik Ya untuk membuat pengesahan.

Penyemak imbas web

  1. Melalui penyemak imbas, pergi ke halaman Akaun anda.

  2. Pilih Profil, kemudian pilih profil.

  3. Pilih Kunci Profil.

  4. Tambah, edit atau alih keluar PIN profil.

    Untuk menambahkan PIN profil, klik Cipta Kunci Profil.

    1. Masukkan 4 nombor untuk mencipta PIN Kunci Profil anda dan klik Simpan PIN.

    Untuk mengedit PIN profil, klik Edit PIN.

    1. Sahkan identiti anda dengan memasukkan kod yang dihantar kepada e-mel atau nombor telefon bimbit anda atau dengan memasukkan kata laluan akaun Netflix anda.

    2. Masukkan PIN anda dan klik Simpan PIN.

    3. Untuk mewajibkan PIN setiap kali profil baharu ditambahkan pada akaun anda, tandakan kotak Memerlukan PIN untuk menambahkan profil baharu.

      Perhatian: Pilihan ini hanya boleh dipilih apabila menambahkan Kunci Profil untuk profil (pertama) utama.

    Untuk mengalih keluar PIN profil, klik Padam Kunci Profil.

    1. Sahkan identiti anda dengan memasukkan kod yang dihantar kepada e-mel atau nombor telefon bimbit anda atau dengan memasukkan kata laluan akaun Netflix anda.

Peranti anda mungkin perlu disegar semula untuk menerapkan tetapan yang dikemas kini. Untuk segar semula:

  • Tukar kepada profil lain, kemudian tukar kembali.

  • Atau daftar keluar daripada peranti anda, kemudian daftar masuk semula.

Cara memulihkan PIN Kunci Profil

Jika anda terlupa PIN Kunci Profil anda, ketik atau pilih Terlupa PIN? atau lawati netflix.com/account dan ikut langkah di atas untuk mengedit atau mengalih keluar PIN anda.

Artikel Berkaitan