Cara memulakan semula keahlian Netflix anda

Ikut langkah di bawah jika anda telah membatalkan akaun dan ingin memulakan semula akaun anda.

  1. Daftar masuk ke akaun anda.

    Perhatian: Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh menetapkan semula kata laluan anda.

  2. Setelah mendaftar masuk...

    • Jika anda masih boleh menonton Netflix:

      • Semak jika terdapat sepanduk pada bahagian atas skrin yang boleh anda pilih untuk memulakan semula akaun.

        • Jika sepanduk tidak dipaparkan, pergi ke netflix.com/account pada penyemak imbas komputer atau peranti mudah alih. Anda akan melihat sepanduk yang dipaparkan atau butang Mulakan Semula Keahlian yang boleh anda gunakan untuk memulakan semula akaun anda.

        • Apabila anda memulakan semula akaun, semua Profil, Senarai Saya, simpanan permainan dan maklumat pembayaran masih akan tersedia – seolah-olah anda tidak pernah membatalkan akaun. Tarikh pengebilan anda akan kekal sama.

    • Jika anda melihat mesej “selamat kembali” atau diminta untuk terus menyediakan akaun anda:

      • Ikut langkah pada skrin untuk menyelesaikan proses memulakan semula akaun anda.

        • Anda mungkin perlu mengemas kini dan mengesahkan beberapa tetapan akaun dan maklumat pembayaran anda.

        • Apabila anda memulakan semula akaun, semua Profil, Senarai Saya, simpanan permainan dan maklumat pembayaran masih akan tersedia. Namun, tarikh pengebilan anda mungkin akan diubah kepada hari anda memulakan semula akaun anda.

    • Jika anda melihat mesej yang menyatakan Netflix tidak dapat mencari akaun dengan alamat e-mel ini:

      • Sudah lama sejak anda membatalkan akaun anda. Anda perlu mengikut langkah pada skrin untuk menyediakan akaun baharu.

        • Tiada maklumat akaun anda yang terdahulu (Profil, Senarai Saya, simpanan permainan dan lain-lain) akan tersedia pada akaun baharu dan anda perlu mengesahkan kaedah pembayaran untuk memulakan akaun baharu.

Jika akaun Netflix anda dimulakan semula tanpa kebenaran anda, batalkan dengan mengikut langkah dalam Cara membatalkan Netflix, kemudian ikut langkah yang disenaraikan dalam bahagian “Menghalang orang lain daripada memulakan semula akaun anda”.

Artikel Berkaitan