Cara melihat sejarah tontonan dan aktiviti peranti

Anda dapat melihat rancangan TV dan filem yang telah ditonton pada setiap profil di akaun anda.

  1. Daripada penyemak imbas web, pergi ke halaman Akaun anda.

  2. Pada bahagian Profil & Kawalan Ibu Bapa , pilih profil yang ingin anda lihat.

    • Bagi sesetengah akaun, pilih Profil, kemudian pilih profil. 

  3. Buka Aktiviti tontonan.

  4. Jika anda melihat senarai yang terhad, gunakan butang Tunjukkan Lagi.

Untuk memuat turun senarai pada lembaran hamparan, pilih Muat turun semua di bahagian bawah halaman. Fail yang dimuat turun boleh dibuka menggunakan perisian lembaran hamparan yang menyokong format fail CSV.

Perhatian:
Jika akaun anda tidak aktif lagi, anda perlu memuat turun salinan maklumat anda untuk melihat sejarah tontonan anda.

Anda juga boleh melihat senarai peranti yang telah menggunakan akaun anda baru-baru ini.

Artikel Berkaitan