Menggunakan Netflix di luar rumah anda
Netflix boleh digunakan secara mudah semasa dalam perjalanan atau mengembara. Gunakan Netflix seperti biasa untuk tonton pada peranti mudah alih dan komputer anda - atau daftar masuk ke TV baharu, seperti di hotel atau penginapan percutian.
Apabila menonton di luar negara yang anda daftar untuk Netflix, anda mungkin mengalami perbezaan kecil pada:
Pemilihan rancangan TV dan filem: Pilihan untuk penstriman dan muat turun (termasuk pilihan audio/sari kata) berbeza-beza mengikut negara. Selain itu, tajuk dalam Senarai Saya dan Teruskan Menonton mungkin tidak tersedia.
Klasifikasi kematangan yang berbeza: Klasifikasi kematangan dan klasifikasi lain ditunjukkan untuk negara lokasi terkini anda. Jika anda menetapkan kawalan ibu bapa yang menggunakan sistem klasifikasi yang berbeza daripada negara yang anda kunjungi, tajuk mungkin tersedia (atau tidak tersedia) disebabkan oleh perbezaan dalam klasifikasi kematangan.
Muat turun: Tajuk yang telah dimuat turun pada telefon, tablet atau komputer anda mungkin tidak tersedia semasa anda berada di negara lain.
Nota: Kad hadiah dan kaedah pembayaran tunai berbeza-beza mengikut negara dan mungkin tidak tersedia atau layak untuk digunakan di lokasi perjalanan anda. Jangan lupa tambah nilai pada akaun anda atau tambah kaedah pembayaran sandaran sebelum mengembara.
Jika anda bersiap sedia untuk berpindah atau baru berpindah, lihat Berpindah dengan Netflix untuk mengetahui beberapa perkara.