Apakah itu Isi Rumah Netflix?

Isi Rumah Netflix ialah koleksi peranti yang disambungkan kepada Internet di tempat utama anda menonton Netflix. Anda tidak boleh berkongsi akaun Netflix anda dengan orang yang bukan dalam isi rumah anda. Orang yang bukan dalam isi rumah anda perlu mencipta akaun sendiri untuk menonton Netflix atau boleh ditambah sebagai ahli tambahan.

Apabila anda mendaftar masuk ke Netflix daripada mana-mana peranti pada sambungan Internet yang sama dengan TV anda, kami akan menetapkan Isi Rumah Netflix anda secara automatik berdasarkan alamat IP, ID peranti dan aktiviti akaun. Kami tidak mengumpulkan data GPS untuk cuba menentukan lokasi fizikal yang tepat bagi peranti anda.

Anda boleh mengemas kini Isi Rumah Netflix anda pada bila-bila masa melalui TV. Anda juga boleh menyemak peranti yang tidak dikenali atau tidak diingini menggunakan akaun anda dan pilih Daftar Keluar daripada Semua Peranti.

Artikel Berkaitan