Netflix menyatakan ‘TV anda bukan sebahagian daripada Isi Rumah Netflix bagi akaun ini’

TV anda bukan sebahagian daripada Isi Rumah Netflix bagi akaun ini

Mesej ini bermakna Netflix tidak dapat mengaitkan TV anda dengan Isi Rumah Netflix anda.

Jika anda mendaftar masuk ke Netflix pada peranti yang bukan sebahagian daripada Isi Rumah Netflix anda, anda mungkin perlu mengesahkan peranti anda untuk menonton Netflix. Untuk menyelesaikan masalah, anda boleh:

Jika anda mendaftar masuk ke TV yang merupakan sebahagian daripada Isi Rumah Netflix anda tetapi melihat ralat ini, maka anda perlu mengesahkan bahawa TV yang anda gunakan merupakan sebahagian daripada Isi Rumah Netflix anda. Untuk berbuat demikian, anda memerlukan:

  • Telefon bimbit atau tablet dengan kamera

  • Sambungan Wi-Fi

Sahkan bahawa TV anda merupakan sebahagian daripada Isi Rumah Netflix anda

  1. Apabila digesa pada TV anda, pilih Kemas Kini Isi Rumah Netflix.

  2. Pilih Selesaikan Masalah TV Ini.

  3. Buka kamera pada peranti mudah alih anda dan tudingkan kamera pada skrin TV untuk mengimbas kod QR, kemudian ketik Seterusnya.

  4. Pastikan peranti mudah alih anda disambung kepada Wi-Fi rumah anda. Ketik Seterusnya.

    • Jika peranti mudah alih anda tidak dapat menyambung kepada Internet rumah anda, langkau ke bahagian "Penyelesaian masalah" di bawah.

  5. Ketik Dapatkan Kod untuk menjanakan kod QR baharu pada TV anda.

  6. Buka kamera pada peranti mudah alih anda dan tudingkan kamera pada skrin TV untuk mengimbas kod QR. (Anda mungkin perlu membenarkan Netflix mengakses kamera pada peranti mudah alih anda.)

  7. Setelah disahkan, pilih Mula Menonton untuk terus menonton Netflix.

    • Jika gagal, pastikan peranti mudah alih anda disambungkan kepada Internet yang sama dengan TV anda dan cuba lagi.



Penyelesaian masalah

Jika peranti mudah alih anda tidak dapat menyambung kepada Internet rumah anda atau anda tidak dapat melengkapkan langkah di atas, anda perlu menggunakan TV lain dalam Isi Rumah Netflix anda untuk melengkapkan proses pengesahan.

  1. Ketik Seterusnya pada peranti mudah alih anda.

  2. Pilih TV lain dalam Isi Rumah Netflix akaun anda pada skrin dan ketik Seterusnya.

  3. Hidupkan TV yang anda pilih dan buka Netflix.

  4. Ketik Seterusnya pada peranti mudah alih anda.

    Perhatian:Untuk penyelesaian yang lebih pantas, cuba sambungkan peranti mudah alih anda kepada Wi-Fi rumah anda.


  5. Jika anda melihat kod QR pada TV anda, ketik Seterusnya pada peranti mudah alih anda.

    • Jika anda tidak melihat kod QR, rujuk 'Kod QR tidak dipaparkan' di bawah.

  6. Buka kamera pada peranti mudah alih anda dan tudingkan kamera pada skrin TV untuk mengimbas kod QR. (Anda mungkin perlu membenarkan Netflix mengakses kamera pada peranti mudah alih anda.)

  7. Setelah disahkan, pilih Mula Menonton untuk terus menonton Netflix pada TV pilihan anda.

Jika anda tidak melihat kod QR pada TV anda selepas melengkapkan langkah 4 di atas, ikut langkah yang berikut:

  1. Pilih profil Netflix anda pada TV anda.

  2. Daripada skrin utama Netflix, tekan kiri pada alat kawalan jauh anda untuk membuka menu.

  3. Tatal ke bahagian bawah untuk Dapatkan Bantuan, kemudian pilih Dapatkan kod QR .

  4. Pada peranti mudah alih anda, ketik Imbas Kod dan imbas kod QR yang dipaparkan pada TV anda.

    • Jika anda menghadapi masalah untuk mencari menu Dapatkan Bantuan atau anda tidak melihat kod QR, ketik Cuba Kaedah Lain pada peranti mudah alih anda, kemudian ikuti arahan pada peranti mudah alih anda.

  5. Setelah disahkan, pilih Mula Menonton untuk terus menonton Netflix pada TV pilihan anda.

Jika anda telah melengkapkan langkah di atas dan masih tidak dapat mengesahkan TV anda, cuba langkah berikut:

Sambungkan peranti mudah alih anda kepada Internet rumah anda atau Internet yang sama dengan TV lain dalam Isi Rumah Netflix anda

  1. Semak nama Internet atau Wi-Fi dalam tetapan TV anda.

  2. Pergi ke tetapan rangkaian pada peranti mudah alih anda, pilih Wi-Fi dan pilih rangkaian yang sama dengan TV anda.

Benarkan penyemak imbas web peranti mudah alih anda mengakses kamera untuk mengimbas kod QR

  • Jika anda tidak membenarkan akses, gunakan butang Ketik di sini untuk mencuba semula, kemudian ketik OK atau Hanya benarkan semasa menggunakan apl.

  • Jika butang Ketik di sini untuk mencuba semula tidak berfungsi, ikut langkah di bawah untuk membenarkan akses kamera dalam tetapan:

Imbas kod QR

  1. Buka kamera pada peranti mudah alih anda dan tudingkan kamera pada skrin TV untuk mengimbas kod QR. Pastikan kamera anda menangkap pandangan TV yang jelas.

  2. Pegang peranti mudah alih anda dengan stabil di hadapan TV.

Artikel Berkaitan