Cara mendaftar keluar daripada peranti

Daftar keluar daripada satu peranti

Jika anda mempunyai langganan aktif tetapi tidak mempunyai akses kepada peranti yang ingin anda daftar keluar:

  1. Pergi ke halaman  Urus Akses dan Peranti.

  2. Pilih butang Daftar Keluar di sebelah peranti yang ingin anda daftar keluar.

Daftar keluar daripada semua peranti

Jika anda ingin mendaftar keluar daripada semua peranti yang didaftar masuk ke akaun anda:

  1. Lawati halaman Daftar Keluar daripada Semua Peranti.

  2. Pilih Daftar Keluar.

Lihat peranti yang didaftar masuk pada akaun anda

Pergi ke halaman Urus Akses dan Peranti untuk melihat senarai peranti dengan aktiviti penstriman terkini pada akaun anda.

Anda juga boleh melihat maklumat tambahan tentang setiap peranti, termasuk:

  • Jenis peranti

  • Profil terkini yang digunakan untuk melakukan penstriman pada peranti

  • Tarikh dan masa Terakhir ditonton

Jika anda berpendapat seseorang menggunakan akaun anda tanpa kebenaran anda, lihat Cara menghentikan seseorang daripada menggunakan akaun anda.

Artikel Berkaitan