Netflix meminta pendaftaran masuk setiap kali dibuka

Peranti anda tidak akan didaftar masuk ke Netflix secara kekal. Oleh sebab itu, kadangkala anda mungkin diminta untuk mendaftar masuk ke akaun anda. Namun, jika anda diminta untuk mendaftar masuk setiap kali anda membuka Netflix, hal ini bermakna terdapat masalah peranti atau tetapan yang menghalang Netflix daripada didaftar masuk secara kekal.

  • Jika anda langsung tidak dapat mendaftar masuk, ikut langkah ini.

  • Jika Netflix meminta anda untuk mengesahkan bahawa peranti anda ialah sebahagian daripada Isi Rumah Netflixsetiap kali anda membuka apl tersebut, ikut langkah ini.

Untuk menyelesaikan masalah, ikut langkah untuk peranti anda.

Hubungi pengeluar peranti

Langkah ini mungkin mengalih keluar apl, data atau tetapan yang disimpan pada peranti anda. Sebelum anda meneruskan proses, pastikan anda menyediakan nama dan kata laluan Wi-Fi anda serta maklumat pendaftaran masuk Netflix.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu menghubungi syarikat yang mengeluarkan peranti anda.

Semasa anda bercakap dengan mereka, minta bantuan mereka bagi langkah-langkah ini. Selepas setiap langkah, cuba Netflix sekali lagi untuk menyemak jika langkah tersebut dapat menyelesaikan masalah.

  1. Kemas kini perisian tegar atau perisian peranti anda kepada versi terkini.

  2. Pulihkan peranti anda kepada tetapan asal, sepertimana anda mula-mula mendapat peranti tersebut.

Jika mereka tidak dapat menyelesaikan masalah atau langkah ini tidak berjaya, anda perlu menggunakan peranti lain untuk menonton Netflix.

  1. Tekan butang Laman Utama pada alat kawalan jauh Amazon Fire TV anda.

  2. Pada sebelah kanan skrin, pilih Tetapan .

  3. Pilih My Fire TV.

  4. Pilih Perihal.

  5. Pilih Semak Kemas Kini .

  6. Cuba Netflix sekali lagi.

    Perhatian: Anda mungkin perlu memasang berbilang kemas kini untuk mendapatkan versi perisian tegar yang terkini.

Nyahpasang dan pasang semula apl Netflix

Nyahpasang apl Netflix:

  1. Mulakan daripada Papan Pemuka Xbox.

  2. Pilih Permainan & Apl Saya.

    Perhatian:Anda mungkin perlu tatal ke bawah untuk melihat pilihan ini.

  3. Pilih Apl daripada pilihan di sebelah kiri.

  4. Serlahkan apl Netflix dan tekan butang Menu pada alat kawalan.

  5. Pilih Urus Apl.

  6. Pilih Nyahpasang Semua.

  7. Pilih Nyahpasang Semua sekali lagi untuk membuat pengesahan.

Muat turun semula apl Netflix:

  1. Mula daripada skrin Utama pada Xbox One anda.

  2. Tatal kanan untuk mengakses Gedung.

  3. Dalam bahagian Apl, pilih Netflix.

    Perhatian:Jika anda tidak dapat melihat Netflix, pilih Cari semua apl untuk mencari Netflix.

  4. Pilih Pasang.

  5. Apabila apl selesai dimuat turun, pilih Lancarkan untuk daftar masuk dan cuba Netflix sekali lagi.

  1. Daripada skrin Utama PlayStation, pilih Tetapan.

  2. Pilih Kemas kini Sistem, kemudian sahkan pilihan.

  3. Pilih Kemas kini melalui Internet, kemudian sahkan pilihan.

  4. Jika versi baharu perisian tegar ditemui, sahkan pilihan dan muat turun perisian baharu.

  5. Cuba Netflix sekali lagi.

Jika anda menggunakan PlayStation 3:

Jika tarikh dan masa pada peranti anda jauh berbeza daripada tarikh dan masa semasa, anda akan menghadapi masalah memainkan rancangan TV atau filem.

Untuk PlayStation Jepun, gunakan X dan bukannya O untuk membatalkan pilihan apabila O dirujuk dalam langkah penyelesaian masalah berikut.

  1. Daripada menu utama, navigasi ke Tetapan.

    • Jika anda belum berada pada menu utama, tahan butang PS di bahagian tengah alat kawalan, pilih Keluar, kemudian pilih Ya untuk kembali ke skrin utama.

  2. Pilih Tetapan Tarikh dan Masa.

  3. Pilih Tarikh dan Masa.

  4. Pilih Tetapkan melalui Internet.

  5. Tekan butang O untuk kembali ke skrin Tarikh dan Masa .

  6. Pilih Tetapkan Secara Automatik.

  7. Pilih Hidupkan.

  8. Cuba Netflix sekali lagi.

  1. Pada skrin utama peranti, pilih apl Tetapan.

  2. Pilih iTunes Store.

  3. Pilih Apple ID.

  4. Pilih Daftar keluar daripada Apple ID.

  5. Setelah mendaftar keluar, keluar ke skrin Utama dan lancarkan semula Tetapan.

  6. Pilih iTunes Store.

  7. Pilih Daftar Masuk.

  8. Masukkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian cuba Netflix sekali lagi.

  1. Pergi ke skrin utama, kemudian pilih Tetapan.

  2. Pilih Sistem > Kemas Kini Perisian > Kemas Kini Perisian.

  3. Jika tersedia, pilih Muat Turun dan Pasang.

  4. Cuba Netflix sekali lagi.

Ikut langkah untuk penyemak imbas web anda di bawah:

Chrome

  1. Di bahagian atas kanan, klik butang Menu .

  2. Klik Tetapan .

  3. Pada sebelah kiri, klik Privasi & keselamatan .

  4. Klik Tetapan laman.

  5. Dalam bahagian Kandungan, klik Tetapan kandungan tambahan.

  6. Klik Data laman pada peranti.

  7. Pastikan Benarkan laman menyimpan data pada peranti anda dihidupkan.

  8. Cuba Netflix sekali lagi.

Firefox

  1. Di bahagian atas kanan, klik butang Menu .

  2. Klik Tetapan.

  3. Pada sebelah kiri, klik Privasi & Keselamatan.

  4. Pastikan Padamkan kuki dan data laman apabila Firefox ditutup dimatikan.

  5. Cuba Netflix sekali lagi.

Edge

  1. >Di bahagian atas kanan, klik butang Menu .

  2. Klik Tetapan.

  3. Pada sebelah kiri, klik Privasi, carian dan perkhidmatan.

  4. Klik Kuki.

  5. Pastikan Benarkan laman menyimpan dan membaca data kuki dihidupkan.

    Perhatian: Jika anda memilih untuk menghidupkan tetapan ini, anda perlu menambahkan netflix.com pada senarai Dibenarkan menyimpan kuki.

  6. Cuba Netflix sekali lagi.

Opera

  1. Di bahagian atas kiri, klik butang Opera.

  2. Klik Tetapan.

  3. Pada sebelah kiri, klik Privasi & keselamatan.

  4. Klik Tetapan Laman.

  5. Dalam bahagian Kandungan, klik Tetapan kandungan tambahan.

  6. Pastikan Benarkan laman menyimpan data pada peranti anda dihidupkan.

  7. Cuba Netflix sekali lagi.

Ikut pautan di bawah untuk mendapatkan langkah menyemak kemas kini versi Windows anda, kemudian cuba Netflix sekali lagi.

Komputer yang dipasang dengan Windows XP, Vista, 7 atau 8.1 tidak lagi disokong oleh Microsoft dan tidak boleh dikemas kini kepada versi yang dapat berfungsi dengan Netflix. Untuk meneroka pilihan anda atau mengetahui lebih lanjut, lawati laman sokongan Microsoft.

Komputer Mac

Ikut langkah untuk penyemak imbas web anda di bawah:

Safari

  1. Di bahagian atas kiri, klik Safari.

  2. Klik Tetapan.

  3. Pada tetingkap yang terbuka, klik tab Umum.

  4. Ubah tetapan Alih keluar item sejarah kepada pilihan anda.

    Perhatian: Tetapan ini akan mengubah kekerapan anda perlu mendaftar masuk ke Netflix.

  5. Cuba Netflix sekali lagi.

Chrome

  1. Di bahagian atas kanan, klik butang Menu .

  2. Klik Tetapan .

  3. Pada sebelah kiri, klik Privasi & keselamatan .

  4. Klik Tetapan laman.

  5. Dalam bahagian Kandungan, klik Tetapan kandungan tambahan.

  6. Klik Data laman pada peranti.

  7. Pastikan Benarkan laman menyimpan data pada peranti anda dihidupkan.

  8. Cuba Netflix sekali lagi.

Firefox

  1. Di bahagian atas kanan, klik butang Menu .

  2. Klik Tetapan.

  3. Pada sebelah kiri, klik Privasi & Keselamatan.

  4. Pastikan Padamkan kuki dan data laman apabila Firefox ditutup dimatikan.

  5. Cuba Netflix sekali lagi.

Edge

  1. Di bahagian atas kanan, klik butang Menu .

  2. Klik Tetapan.

  3. Pada sebelah kiri, klik Privasi, carian dan perkhidmatan.

  4. Klik Kuki.

  5. Pastikan Benarkan laman menyimpan dan membaca data kuki dihidupkan.

    Perhatian: Jika anda memilih untuk mematikan tetapan ini, anda perlu menambahkan netflix.com pada senarai Dibenarkan menyimpan kuki.

  6. Cuba Netflix sekali lagi.

Opera

  1. Di bahagian atas kiri, klik butang Opera.

  2. Klik Tetapan.

  3. Pada sebelah kiri, klik Privasi & keselamatan.

  4. Klik Tetapan Laman.

  5. Dalam bahagian Kandungan, klik Tetapan kandungan tambahan.

  6. Pastikan Benarkan laman menyimpan data pada peranti anda dihidupkan.

  7. Cuba Netflix sekali lagi.

Ikut langkah Apple untuk memasang kemas kini dan peningkatan untuk macOS, kemudian cuba Netflix sekali lagi.

  1. Pada sudut atas kanan Chrome, klik Menu, kemudian klik Tetapan.

  2. Di bahagian kiri, klik Privasi dan keselamatan.

  3. Klik Kuki pihak ketiga.

  4. Pastikan tetapan untuk Benarkan kuki pihak ketiga dihidupkan.

  5. Cuba Netflix sekali lagi.

  1. Sambungkan komputer anda dengan Internet menggunakan Wi-Fi atau Ethernet. Kemas kini tidak boleh dipasang semasa bersambung melalui rangkaian selular.

  2. Klik pada kawasan status (di sudut bawah kanan iaitu tempat gambar akaun anda dipaparkan).

  3. Pilih Tetapan.

  4. Pilih Perihal Chrome OS daripada menu di sebelah kiri halaman.

  5. Pilih Semak dan gunakan kemas kini.

  6. Komputer anda akan memasang sebarang kemas kini yang perlu. Sebaik sahaja kemas kini dipasang, pilih Mulakan semula untuk mengemas kini.

  7. Setelah komputer anda dimulakan semula, cuba Netflix sekali lagi.

  1. Buka apl Netflix.

  2. Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya.

  3. Di bahagian atas kanan, ketik Menu.

  4. Ketik Daftar Keluar, kemudian ketik Daftar Keluar untuk membuat pengesahan.

  5. Daftar masuk semula ke Netflix anda, kemudian cuba lagi.

Anda boleh mengemas kini OS (sistem operasi) peranti Android anda dalam apl Tetapan. Lawati halaman sokongan Google untuk mengetahui langkah atau menyelesaikan masalah.

  1. Buka apl Netflix.

  2. Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya.

  3. Di bahagian atas kanan, ketik Menu.

  4. Ketik Daftar Keluar, kemudian ketik Daftar Keluar untuk membuat pengesahan.

  5. Daftar masuk semula ke Netflix anda, kemudian cuba lagi.

Anda boleh mengemas kini iPhone atau iPad anda kepada versi terkini iOS atau iPadOS yang tersedia dalam apl Tetapan. Lawati halaman sokongan Apple untuk mengetahui langkah atau menyelesaikan masalah.

Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.

Artikel Berkaitan