Cara mencari dan menyemak imbas Netflix

Mencari

Untuk mencari rancangan dan filem, cari ikon Cari search icon dalam apl Netflix, kemudian masukkan istilah carian anda.

Perhatian: Untuk mencari rancangan dan filem mengikut sari kata, audio atau bahasa asal tertentu, lawati Semak Imbas Mengikut Bahasa pada laman web.

Cari

Contoh istilah carian

Kualiti Audio atau Video

Atmos, UHD

Bahasa Perihalan Audio

Perihalan Audio dalam Bahasa Inggeris, Perihalan Audio dalam Bahasa Sepanyol

Bahasa Audio

Filem & TV Alih Suara Bahasa Hindi, Filem & TV Alih Suara Bahasa Portugis

Genre

Komedi, Drama

Nama

Jennifer Aniston, Álvaro Morte

Bahasa Asal

Filem Sepanyol, rancangan TV Perancis

Tajuk Rancangan atau Filem

Stranger Things, KPop Demon Hunters

Menyemak imbas

Rancangan dan filem yang kami berasa mungkin anda akan suka akan dipaparkan pada halaman utama anda. Anda boleh mengkhususkan cadangan ini dengan memilih Rancangan atau Filem daripada menu. Untuk mencari rancangan dan filem yang dikeluarkan baru-baru ini, lawati Baharu & Popular, Terkini atau Baharu & Hangat pada menu (ketersediaan dan nama bahagian ini berbeza-beza mengikut peranti anda) atau pergi ke baris Baharu di Netflix atau 10 Teratas.

Perhatian: Jika anda tidak melihat rancangan atau filem yang diingini, semak klasifikasi kematangan dan pilihan bahasa yang ditetapkan pada profil kerana tetapan ini boleh mempengaruhi paparan yang ditunjukkan kepada anda. Jika anda masih tidak menemukan tajuk yang mahu anda cari, anda boleh mencadangkan rancangan atau filem.

Artikel Berkaitan