Cara Netflix menstrim video

Cara Netflix menstrim video

Netflix menghantar filem dan rancangan TV kepada skrin anda menggunakan Internet tetapi kami memerlukan bantuan. Kandungan kami melalui banyak titik sebelum dihantar kepada anda, seperti pelayan, Internet dan rangkaian pembekal Internet anda.

Apabila anda menekan butang mainkan

Proses ini bermula apabila anda menekan butang ‘Mainkan’


Apabila anda menekan butang mainkan, Netflix menghantar video kepada pembekal Internet anda menggunakan laluan terpantas yang ada. Anggaplah seperti memandu di atas jalan raya. Apabila Netflix menghantar video, kami cuba mengelakkan trafik, gangguan dan sekatan sepanjang laluan agar anda menerima video dengan segera. Semakin pendek laluan, semakin baik kualiti video anda.


Bantuan daripada ISP anda

Kami tidak dapat melakukannya tanpa bantuan

Apabila Netflix menghantar video kepada pembekal Internet anda, pembekal Internet membawa video tersebut melalui rangkaiannya ke rumah anda. Jika rangkaian pembekal Internet terlalu perlahan atau mengalami masalah, hal ini boleh menjejaskan kualiti video anda atau mengganggu pengalaman Netflix anda.

Sekiranya tiada sekatan jalan, pembekal Internet anda akan menghantar video secara terus kepada skrin anda. Kualiti video anda juga boleh terjejas disebabkan kestabilan sambungan Internet rumah anda dan bilangan peranti di rumah anda yang menggunakan Internet pada masa yang sama.


Netflix boleh membantu anda

Dapatkan Bantuan yang diperlukan

Kesesakan pada mana-mana bahagian sambungan antara Netflix dengan skrin anda boleh menjejaskan kualiti penstriman video anda serta boleh menyebabkan masalah penstriman.

Jika masalah anda tidak disenaraikan, cari Pusat Bantuan kami untuk masalah yang anda hadapi.

Artikel Berkaitan