Cara mengalih keluar kaedah pembayaran daripada akaun anda

Untuk mengalih keluar kaedah pembayaran daripada akaun anda, pergi ke halaman Urus maklumat pembayaran dan Padam kaedah pembayaran yang mahu dialih keluar. Anda mungkin perlu mendaftar masuk jika anda belum berbuat demikian.

Jika anda hanya mempunyai satu kaedah pembayaran dalam rekod, anda tidak dapat mengalih keluar kaedah pembayaran tersebut tanpa menambahkan kaedah pembayaran baharu terlebih dahulu. Apabila kaedah pembayaran dialih keluar daripada akaun anda, Netflix tidak lagi dapat mengenakan caj pada kaedah pembayaran tersebut melainkan kaedah pembayaran tersebut ditambahkan semula pada akaun Netflix anda.

Jika anda melanggan Netflix melalui pakej rakan kongsi dan ingin mengalih keluar kaedah pembayaran sandaran, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan.


Khidmat Pelanggan tidak dapat mengalih keluar kaedah pembayaran tertentu daripada akaun anda. Walau bagaimanapun, kami boleh mengalih keluar semua kaedah pembayaran selagi anda tidak membayar melalui rakan kongsi atau kad hadiah. Setelah dialih keluar, anda boleh menambahkan kaedah pembayaran baharu pada akaun anda sebelum tempoh pengebilan semasa anda tamat jika anda mahu terus menggunakan Netflix.

Perhatian:
Sesetengah kaedah pembayaran pihak ketiga tidak boleh dialih keluar daripada akaun.

Jika anda mempunyai pertanyaan tentang pemadaman atau pengekalan data, sila hubungi privacy@netflix.com.

Artikel Berkaitan