Cara melaraskan kecerahan
Tetapan kecerahan tersedia pada peranti Android, iPhone dan iPad. Untuk melaraskan kecerahan rancangan TV atau filem pada peranti mudah alih anda:
Ketik pada rancangan TV atau filem semasa dimainkan.
Luncurkan petunjuk kecerahan ke atas atau ke bawah untuk meningkatkan atau menurunkan kecerahan.
Tetapan kecerahan tidak tersedia semasa menonton pada penyemak imbas web atau paparan TV. Untuk melaraskan kecerahan, gunakan tetapan pada peranti.