Mengapakah Netflix bertanya, ‘Adakah anda masih menonton?’
Netflix bertanya, "Adakah anda masih menonton ...?" agar anda tidak terlepas tontonan anda atau menggunakan data Internet apabila anda sebenarnya tidak menonton rancangan TV atau filem.
TV dan peranti penstriman TV: Gesaan ini muncul selepas 3 episod dan selepas 90 minit tontonan tanpa gangguan.
Peranti lain: Gesaan ini muncul selepas menonton 3 episod rancangan TV berturut-turut tanpa menggunakan alat kawalan pemain video.
Untuk meneruskan tontonan, anda boleh mengabaikan mesej atau mematikan automain episod seterusnya.