Cara memainkan episod seterusnya secara automatik
Anda boleh menetapkan agar Netflix memainkan episod seterusnya dalam siri TV secara automatik.
Telefon atau tablet Android, iPhone atau iPad
Buka apl Netflix dan pilih profil.
Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya
.Di bahagian atas kanan, ketik Menu
.Ketik Urus Profil
.Pilih profil yang ingin anda edit.
Togol suis di sebelah Automain Episod Seterusnya
untuk menghidupkan atau mematikan tetapan.Ketik Selesai (iPhone dan iPad sahaja).
Penyemak imbas web
Melalui penyemak imbas, pergi ke halaman Akaun.
Pilih Profil, kemudian pilih profil.
Pilih Tetapan main balik.
Togol suis di sebelah Automain Episod Seterusnya
untuk menghidupkan atau mematikan tetapan.
Pilihan anda akan dikemas kini secara automatik. Anda mungkin perlu menyegar semula peranti anda untuk mendapatkan tetapan yang dikemas kini.
Untuk segar semula:
Tukar kepada profil lain, kemudian tukar kembali.
Atau daftar keluar daripada akaun Netflix anda, kemudian daftar masuk semula.