Cara menukar profil

Anda boleh mempunyai maksimum 5 profil pada satu akaun Netflix.

TV atau peranti penstriman TV

Apabila mendaftar masuk ke apl Netflix:

  1. Tekan butang kiri pada alat kawalan jauh anda untuk membuka menu.

  2. Pada bahagian atas skrin, pilih ikon profil anda .

  3. Pilih profil yang berbeza daripada menu.

Telefon atau tablet Android, iPhone atau iPad

Apabila mendaftar masuk ke apl Netflix:

  1. Pada bahagian bawah skrin, ketik ikon profil Netflix Saya.

  2. Ketik nama profil anda.

  3. Pilih profil yang berbeza daripada menu.

Penyemak imbas web

Apabila mendaftar masuk ke Netflix:

  1. Pada sudut atas kanan, tuding pada ikon profil anda .

  2. Klik profil yang berbeza daripada menu ke bawah.

    Perhatian: Jika profil Kanak-kanak aktif, klik Keluar Kanak-Kanak, kemudian pilih profil yang berbeza.

Jika anda mahu membuat perubahan pada profil, lihat Cara mencipta, mengedit atau memadamkan profil.

Artikel Berkaitan