Cara menghidupkan atau mematikan automain pratonton
Untuk membantu anda mencari rancangan TV atau filem yang seterusnya, anda boleh menetapkan Netflix untuk memainkan pratonton secara automatik.
Perhatian: iPad dan sesetengah TV dan peranti penstriman TV yang lebih lama tidak menyokong automain pratonton.
Telefon atau tablet Android, iPhone atau iPad
Buka apl Netflix dan pilih profil.
Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya
.Di bahagian atas kanan, ketik Menu
.Ketik Urus Profil
.Pilih profil yang ingin anda edit.
Togol suis di sebelah Automain Pratonton
untuk menghidupkan atau mematikan tetapan.Ketik Selesai (iPhone dan iPad sahaja).
Penyemak imbas web
Melalui penyemak imbas, pergi ke halaman Akaun.
Pilih Profil, kemudian pilih profil.
Pilih Tetapan main balik.
Togol suis di sebelah Automain pratonton
untuk menghidupkan atau mematikan tetapan. Pilihan anda akan dikemas kini secara automatik. Anda mungkin perlu menyegar semula peranti anda agar perubahan dapat dikemas kini.
Untuk segar semula:
Tukar kepada profil lain, kemudian tukar kembali.
Atau daftar keluar daripada akaun Netflix anda, kemudian daftar masuk semula.