Alamat e-mel saya digunakan pada akaun Netflix yang lain
Jika alamat e-mel anda sudah digunakan apabila anda cuba mendaftar akaun Netflix atau anda yakin bahawa seseorang telah mencipta akaun Netflix menggunakan alamat e-mel anda, ikut langkah berikut:
Anda mungkin tersilap membuka akaun kedua dengan menaipkan e-mel yang salah atau mendaftar masuk menggunakan alamat e-mel yang berbeza.
Buat pilihan untuk menetapkan semula kata laluan anda melalui E-mel.
Masukkan alamat e-mel anda dan pilih E-mel Saya.
Jika anda menerima e-mel tetapan semula kata laluan, maka anda mungkin mempunyai akaun duplikasi. Sila hubungi kami untuk bantuan lanjut.
Jika anda melihat ralat yang menyatakan “Tiada akaun ditemui untuk alamat e-mel ini”, teruskan dengan penyelesaian masalah berikut.
Anda dapat menambahkan alamat e-mel yang berbeza pada profil dengan Semua Klasifikasi Kematangan untuk menerima cadangan diperibadikan dan komunikasi lain daripada Netflix.
Anda perlu menyingkirkan alamat e-mel anda daripada profil sedia ada sebelum anda boleh menambahkan amat e-mel tersebut pada profil yang berbeza.
Untuk menyingkirkan alamat e-mel anda daripada profil: