Netflix Games tersedia dalam bahasa apa?

Cara melihat ketersediaan bahasa untuk permainan

Pilih permainan daripada baris Netflix Games dalam apl Netflix. Bahasa disenaraikan dalam bahagian Butiran Lanjut untuk permainan. Jika permainan tidak tersedia dalam bahasa yang anda ingini, semak balik kemudian kerana kami sedang berusaha untuk menambahkan lebih banyak bahasa.

Cara menukar bahasa permainan

Setelah anda memulakan permainan dan memilih profil Netflix anda, permainan akan menggunakan bahasa profil Netflix anda, jika tersedia.

Sesetengah permainan juga menawarkan pilihan untuk menukar bahasa dalam tetapan permainan. Jika permainan tidak menawarkan pilihan ini, penukaran bahasa profil anda juga akan menukar bahasa permainan jika bahasa tersebut disokong oleh permainan.

Artikel Berkaitan