| Oh, lihat! Thronglet! Selami dunia Black Mirror melalui simulasi dengan watak comel penuh sifat ingin tahu ini daripada episod "Mainan". Main atas risiko anda sendiri.  | 
 | Dahagakan kecomelan? Bantu kucing membuat sup tanpa jemu dalam permainan yang ceria ini — kacau dan cincang ramuan, gayakan mereka dan banyak lagi. Ayuh memasak.  | 
 | Bina ladang impian anda — sendirian atau bersama rakan! Tinggalkan kehidupan bandar untuk bercucuk tanam, menggembala dan berdagang dalam pengembaraan yang ceria ini.  | 
 | Bantu beruang menggerunkan itu mencari ketenangan dalam sekuel permainan main peranan kesayangan yang mengutamakan kebaikan dan rakan, reka cipta dan misteri baharu menunggu.  | 
 |  Usahakan ladang desa maya cara anda. Tanam tanaman, jaga ternakan dan uruskan pengeluaran hingga empayar pertanian anda berkembang dalam permainan yang menenangkan ini.  | 
 | Reka permainan blokbuster, bina studio anda dari mula dan jadilah sebahagian daripada sejarah permainan video dalam simulasi perniagaan yang sungguh memuaskan ini.  | 
 | Seorang bintang harapan menghilang. Keluaran filemnya tertangguh lama. Siasat karya hilang kejora layar perak untuk membuka kunci rahsia di sebalik kehilangannya.  | 
 | Bagi mereka, ini tugas. Bagi anda, ini dendam peribadi. Sertai kru profesor untuk satu misi epik dalam permainan naratif ini yang berlatarkan dunia Money Heist.  | 
 | Anda merupakan watak utama dalam kisah interaktif yang berdasarkan rancangan dan filem popular Netflix. Kisah cinta, drama, muslihat — takdir manakah yang akan jadi pilihan anda?  | 
 | Reka, bina dan uruskan taman tema penuh keseronokan anda sendiri dalam versi mudah alih yang telah diubah suai sepenuhnya daripada permainan simulasi klasik ini. Jom naik!  | 
 | Terokai dunia kisah cinta yang manis dan memberahikan. Anda merupakan watak utama dalam kisah interaktif ini dan pilihan anda akan menentukan cara setiap babak terungkap.  | 
 | Bersiar-siar dengan suasana romantik di pantai, hantar nota manis dan... menang dalam "lawan ayam"? Lakukan apa-apa sahaja untuk meluangkan masa bersama orang yang anda suka dalam permainan cerita ini.  | 
 | Anda seorang pengemudi kapal di alam sesudah mati. Bina kapal untuk meneroka dan menjaga roh sebelum mereka pergi ke alam barzakh dalam permainan bergerak ini.  | 
 | Hangatkan gril! Ceriakan pelanggan dengan menghidangkan sajian sedap di restoran Bikini Bottom dalam pengembaraan kulinari berdasarkan siri tersebut.  | 
 | Hubungan anda terancam dalam permainan fiksyen interaktif berdasarkan siri popular. Adakah anda sudah bersedia untuk kata "saya sudi" atau mencari teman baharu?  | 
 | Bergaul dengan orang bujang seksi yang merebut hati anda dalam permainan berdasarkan siri popular ini. Adakah anda akan memilih cinta atau mengalah kepada godaan?  | 
 | Lebih banyak pilihan, drama lebih besar. Ubah rupa dan pikat: Cinta sebenar atau bermesra hangat? Pertaruhkan segalanya dalam musim baharu permainan kisah interaktif ini.  | 
 | Kali ini, anda membawa kejutan. Serbu percutian dan cetuskan drama dalam kalangan pasangan dalam permainan janji temu popular musim ini. Kejutan hangat menanti.  | 
 | Bina kota zaman pertengahan, buat keputusan kewangan yang bijak dan lakukan apa-apa sahaja demi membuat rakyat anda gembira. Siapa sangka mengetuai kerajaan begitu sukar?  |