Main permainan di Netflix

Ahli Netflix boleh bermain permainan pada TV dan komputer mereka melalui Netflix.com. Ini ialah pengalaman beta dan pengalaman ini belum tersedia di semua negara atau pada semua peranti.

Semua permainan—mudah alih dan TV—disertakan dengan keahlian anda: Tiada iklan, yuran atau pembelian dalam apl.

Buat masa ini, permainan tersedia di Australia, Austria, Belgium, Brazil, Kanada, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Mexico, Belanda, New Zealand, Poland, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Lebih banyak negara akan ditambah pada masa akan datang.

Perhatian: Jika anda mencari permainan yang boleh dimuat turun dan dimainkan pada peranti mudah alih anda, lihat Permainan Mudah Alih Netflix.


Bolehkah permainan dimainkan pada peranti saya?

Untuk bermain, anda memerlukan apl Netflix yang dipasangkan pada TV anda, sambungan Internet yang stabil (kelajuan muat turun 10 Mbps atau lebih tinggi dicadangkan) dan telefon atau tablet untuk setiap pemain.

Permainan Netflix tersedia pada kebanyakan model TV dan peranti penstriman TV yang terkini – ikut langkah di bawah untuk menyemak sama ada peranti anda disokong.

Semak sama ada permainan boleh dimainkan pada TV anda:

  1. Buka apl Netflix pada TV atau peranti penstriman TV anda.

  2. Pilih profil anda.

  3. Adakah pilihan Permainan dipaparkan pada bahagian atas skrin anda? Jika ya, permainan boleh dimainkan pada peranti anda!

Jika pilihan Permainan tidak dipaparkan:

  1. Semak semula senarai pada bahagian atas artikel ini untuk memastikan anda berada di negara yang menyediakan permainan tersebut.

  2. Jika anda berada di negara yang disokong, semak halaman Urus Akses dan Peranti. Ketik atau klik togol di sebelah Tunjukkan peranti yang serasi dengan permainan untuk melihat sama ada permainan boleh dimainkan pada peranti anda.

  3. Jika peranti anda ditunjukkan sebagai serasi, perisian peranti anda mungkin perlu dikemas kini. Untuk mendapatkan arahan khusus, semak manual pengguna atau hubungi pasukan sokongan pengeluar peranti.

Untuk bermain, anda memerlukan sambungan Internet yang stabil (kelajuan muat turun 10 Mbps atau lebih tinggi dicadangkan).

Semak sama ada permainan boleh dimainkan pada komputer anda:

  1. Lawati netflix.com pada penyemak imbas Chrome atau Edge pada komputer anda.

  2. Pilih profil anda.

  3. Pada bahagian atas skrin, ketik atau klik Permainan.

  4. Semak tajuk baris permainan pada skrin. Jika baris bertajuk Permainan atau Permainan Parti dipaparkan, maka permainan boleh dimainkan pada peranti anda!

Jika hanya permainan mudah alih yang dipaparkan:

  1. Semak semula senarai pada bahagian atas artikel ini untuk memastikan anda berada di negara yang menyediakan permainan tersebut.

  2. Jika anda berada di negara yang disokong, pastikan anda menggunakan penyemak imbas Chrome atau Edge.

  3. Jika anda berada di negara yang disokong dan menggunakan penyemak imbas yang disokong, anda mungkin perlu mengemas kini penyemak imbas anda.


Cara bermain

  1. Lancarkan Netflix dan pilih profil anda.

  2. Pada bahagian atas skrin, pilih Permainan.

  3. Cari permainan yang ingin anda mainkan. Pilih permainan, kemudian pilih Main Permainan. Permainan akan dilancarkan.

    Perhatian: Jika permainan tidak memaparkan butang Main Permainan, permainan tersebut mungkin permainan mudah alih yang boleh dimainkan pada telefon atau tablet anda. Pilih permainan lain untuk dimainkan pada TV anda.

  4. Sambungkan telefon atau tablet untuk digunakan sebagai alat kawalan.

    1. Anda perlu menyambungkan telefon atau tablet sebagai alat kawalan untuk digunakan oleh setiap pemain. Imbas kod QR yang dipaparkan pada skrin TV untuk membuat sambungan.

      1. Pad permainan dan alat kawalan lain tidak disokong.

      2. Anda mungkin perlu melepasi skrin pelancaran terlebih dahulu untuk melihat kod QR - ini berbeza-beza mengikut permainan.

      3. Untuk mendapatkan bantuan tentang cara menggunakan kod QR untuk membuat sambungan, lihat Cara menggunakan telefon atau tablet sebagai alat kawalan untuk bermain permainan di Netflix.

  5. Main sehingga menang! Berseronok! Atau kedua-duanya sekali!

  1. Pada penyemak imbas Chrome atau Edge, lawati netflix.com dan pilih profil anda.

  2. Pada bahagian atas skrin, klik Permainan.

  3. Cari permainan yang ingin anda mainkan. Pilih permainan, kemudian klik Main Permainan. Permainan akan dilancarkan.

    Perhatian: Jika permainan tidak memaparkan butang Main Permainan, permainan tersebut mungkin permainan mudah alih yang boleh dimainkan pada telefon atau tablet anda. Pilih permainan lain untuk dimainkan pada komputer anda.

  4. Sambungkan telefon atau tablet untuk digunakan sebagai alat kawalan.

    1. Bagi sesetengah permainan, anda perlu menggunakan papan kekunci dan tetikus atau pad jejak anda. Bagi permainan lain, anda perlu menyambungkan telefon atau tablet untuk digunakan sebagai alat kawalan dengan mengimbas kod QR. Untuk mendapatkan petua tentang langkahnya, lihat Cara menggunakan telefon atau tablet sebagai alat kawalan untuk bermain permainan di Netflix.

  5. Main sehingga menang! Berseronok! Atau kedua-duanya sekali!

Keluar daripada permainan

  • TV: Tekan butang Netflix "N" pada telefon atau tablet anda atau gunakan butang kembali pada alat kawalan jauh TV anda.

  • Penyemak imbas komputer: Tekan Shift + Tab dan klik Keluar daripada Permainan.


Penyelesaian masalah

Ikut langkah di atas dalam bahagian Bolehkah permainan dimainkan pada peranti saya? .

Ikut langkah di atas dalam bahagian Bolehkah permainan dimainkan pada peranti saya? .

Jika anda menerima mesej pada skrin yang menyatakan "Sambungan anda tidak stabil", ikut langkah berikut:

  1. Matikan peranti anda, kemudian cabut palam modem dan penghala anda daripada kuasa.

  2. Selepas 30 saat, pasangkan palam modem dan penghala anda.

  3. Tunggu sehingga modem dan penghala anda dibut dan rangkaian Wi-Fi anda berfungsi semula. (Proses ini mungkin mengambil masa seminit atau lebih.)

  4. Hidupkan peranti anda.

  5. Cuba permainan sekali lagi.

Jika ralat ini dipaparkan, hentikan permainan atau tutup apl Netflix pada peranti lain di rumah anda, kemudian cuba lagi.

Jika ralat ini dipaparkan, hal ini bermakna permintaan untuk permainan tersebut tinggi. Cuba permainan lain atau cuba lagi kemudian.

Jika ralat ini dipaparkan, hal ini bermakna permainan sedang diselenggarakan. Cuba permainan lain atau cuba lagi kemudian.

Permainan mungkin tidak tersedia buat sementara waktu semasa kami menjalankan kemas kini atau pembaikan. Cuba lagi kemudian.

Perlukan bantuan lanjut?

Jika langkah di atas tidak menyelesaikan masalah anda atau anda ingin memberikan maklum balas:

  • Maklum balas: Anda boleh memberikan maklum balas selepas anda keluar daripada sesi permainan melalui alat kawalan mudah alih atau papan kekunci anda.

  • Hubungi kami: Anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa untuk mendapatkan bantuan lanjut.


Pengumpulan dan pemprosesan maklumat

Selain perkara yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi Netflix, apabila anda menggunakan Permainan pada TV dan Netflix.com, kami akan menerima dan menyimpan secara automatik maklumat tentang apl Netflix, peranti dan akaun Netflix (jika anda log masuk) yang digunakan untuk bermain permainan.

Jika anda menggunakan peranti mudah alih sebagai alat kawalan, maklumat permainan akan dipautkan kepada akaun Netflix yang sedang menjalankan Permainan Netflix di TV. Kami menggunakan maklumat ini menurut Pernyataan Privasi Netflix.

Artikel Berkaitan