Bloons TD 6 - Sokongan Permainan

Asah damak anda! Pertahankan Menara Monyet daripada gelombang belon penceroboh berwarna-warni. Letupkan belon untuk membuka kunci kebolehan dan wira baharu.

Muat turun pada peranti mudah alih anda

Platform: Telefon & tablet Android, iPhone, iPad

Kategori permainan: Arked / Strategi

Bilangan pemain: Pemain tunggal & multipemain

Main di luar talian: Ya (sesetengah ciri memerlukan Internet)

Simpanan awan: Ya

Klasifikasi kematangan kandungan: Lihat halaman gedung apl permainan

Bahasa: Arab, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Norway, Poland, Portugis (Brazil), Rusia, Sepanyol (Castil), Sepanyol (Amerika Latin), Sweden, Thai, Turkiye

Pembangun: Ninja Kiwi

Keperluan

Untuk bermain, anda perlu memasang permainan pada peranti anda terlebih dahulu. Anda memerlukan:

  • Peranti yang serasi:

    • Telefon atau tablet Android yang menjalankan Android 9.0 atau lebih baharu

    • iPhone dengan iOS 17 atau lebih baharu

    • iPad dengan iPadOS 17 atau lebih baharu

  • Langganan Netflix yang aktif

  • Sambungan Internet untuk memuat turun dan memasang permainan

  • Ruang storan yang mencukupi pada peranti anda


Pemasangan

Daripada apl Netflix

Apl Netflix menyertakan baris Permainan Mudah Alih pada skrin utama dan pintasan Permainan di bahagian atas.

  1. Pada skrin utama dalam apl, tatal ke bawah untuk mencari baris Permainan Mudah Alih atau ketik pintasan Permainan.

    Perhatian:Baris Permainan Mudah Alih atau pintasan Permainan tidak dipaparkan? Pastikan anda mempunyai versi apl Netflix yang terkini. Lihat Cara mengemas kini apl Netflix pada peranti Android anda.

  2. Ketik pada permainan, kemudian ketik Dapatkan Permainan. Play Store akan dibuka.

  3. Ketik Pasang.

    • Bergantung pada tetapan permainan dan peranti anda, skrin Kebenaran mungkin dipaparkan. Pilih Terima.

  4. Permainan akan dimuat turun dan dipasang. Apabila selesai, pilih Buka.

    • Setelah permainan dipasang, anda boleh membuka permainan daripada baris Permainan Mudah Alih atau pintasan Permainan dalam apl Netflix. Anda juga boleh mengetik ikon permainan tersebut pada skrin utama peranti anda atau dalam laci apl.

  5. Permainan akan dilancarkan. Ketik ikon Profil dalam permainan jika anda ingin menukar kepada profil lain dan mula bermain!


Daripada Play Store

Anda juga boleh mencari permainan dalam Google Play Store.

  1. Buka Play Store dan cari permainan mengikut nama atau lihat semua permainan Netflix yang tersedia.

  2. Pilih permainan daripada hasil carian dan ketik Pasang.

    • Bergantung pada tetapan permainan dan peranti anda, skrin Kebenaran mungkin dipaparkan. Pilih Terima.

  3. Permainan akan dimuat turun dan dipasang. Apabila selesai, pilih Buka.

    • Setelah permainan dipasang, anda boleh membuka permainan daripada baris Permainan Mudah Alih atau pintasan Permainan dalam apl Netflix. Anda juga boleh mengetik ikon permainan tersebut pada skrin utama peranti anda atau dalam laci apl.

  4. Jika digesa, ketik Teruskan, kemudian daftar masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan akaun Netflix anda

  5. Pilih profil Netflix anda dan mula bermain!


Permainan mungkin tidak dipaparkan dalam profil jika tetapan kematangan yang ditetapkan bagi profil tersebut lebih rendah daripada klasifikasi kematangan permainan atau jika peranti anda tidak serasi dengan permainan.

Daripada apl Netflix

Apl Netflix menyertakan baris Permainan Mudah Alih pada skrin utama.

  1. Pada skrin utama dalam apl, tatal ke bawah untuk mencari baris Permainan Mudah Alih.

    Perhatian:Baris Permainan Mudah Alih tidak dipaparkan? Pastikan anda mempunyai versi apl Netflix yang terkini. Lihat Cara mengemas kini apl Netflix pada iPhone, iPad atau iPod touch.

  2. Ketik pada permainan, kemudian ketik Dapatkan Permainan atau Mainkan Permainan.

  3. Ketik Dapatkan atau ikon Awan pada sepanduk App Store.

  4. Permainan akan dimuat turun dan dipasang. Apabila selesai, ketik Buka.

    • Setelah permainan dipasang, anda boleh membuka permainan daripada baris Permainan Mudah Alih dalam apl Netflix atau dengan mengetik ikon permainan tersebut pada skrin utama peranti anda.

  5. Permainan akan dilancarkan. Ketik ikon Profil dalam permainan jika anda ingin menukar kepada profil lain dan mula bermain!


Daripada App Store

Anda juga boleh mencari permainan dalam App Store.

  1. Buka App Store dan cari permainan mengikut nama atau lihat semua permainan Netflix yang tersedia.

  2. Pilih permainan daripada hasil carian dan ketik Dapatkan atau ikon Awan.

  3. Permainan akan dimuat turun dan dipasang. Apabila selesai, ketik Buka.

    • Setelah permainan dipasang, anda boleh membuka permainan daripada baris Permainan Mudah Alih dalam apl Netflix atau dengan mengetik ikon permainan tersebut pada skrin utama peranti anda.

  4. Jika digesa untuk log masuk, ketik Seterusnya, kemudian masukkan alamat e-mel dan kata laluan akaun Netflix anda. Pilih Log masuk.

  5. Pilih profil Netflix anda dan mula bermain!


Permainan mungkin tidak dipaparkan dalam profil jika tetapan kematangan yang ditetapkan bagi profil tersebut lebih rendah daripada klasifikasi kematangan permainan atau jika peranti anda tidak serasi dengan permainan.

Semak laman sokongan kami untuk mendapatkan jawapan bagi soalan lazim berkaitan cara bermain atau untuk mendapatkan sokongan lanjut.

Menghadapi masalah berkaitan permainan? Semak laman sokongan Bloons TD 6 kami untuk mengetahui penyelesaian bagi masalah umum.

Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh mendapatkan sokongan semasa bermain dengan mengikut langkah berikut:

  1. Ketik profil anda.

  2. Pada sudut kiri atas, ketik nama anda untuk membuka menu ke bawah.

  3. Leret ke bawah.

  4. Ketik Bantuan.

  5. Pada bahagian bawah kanan, ketik ikon sembang.

Tidak menemukan sesuatu yang mahu anda cari? Semak artikel Main permainan pada peranti mudah alih kami.

Artikel Berkaitan