Cara menggunakan Netflix pada Google Chromebook atau Chromebox anda

Rujuk artikel ini untuk mengetahui tentang ciri Netflix pada Chromebook dan Chromebox serta cara untuk menyediakan dan mendaftar keluar daripada akaun anda.

Ciri Netflix
Sediakan Netflix
Daftar Keluar daripada Netflix

Anda boleh menonton Netflix pada komputer Google Chromebook dan Chromebox menggunakan penyemak imbas Chrome atau apl Netflix daripada Gedung Google Play. Ciri penstriman Netflix pada komputer Chromebook dan Chromebox termasuklah:

Navigasi

  • Semak imbas: Netflix.com menunjukkan baris rancangan TV dan filem untuk disemak imbas. Anda juga boleh menyemak imbas genre melalui menu ke bawah Semak imbas.

  • Carian: Cari tajuk, pelakon, pengarah atau genre rancangan TV atau filem tertentu melalui kotak carian di sudut atas kanan bar menu Netflix.com.

  • Halaman rancangan TV atau filem: Letakkan kursor anda pada poster rancangan TV atau filem untuk melihat sinopsis ringkas, tahun pengeluaran dan klasifikasi kematangan. Tindakan mengklik tajuk melalui bahagian ini akan menghalakan anda ke penerangan penuh.

  • Main balik: Klik poster untuk mula memainkan rancangan TV atau filem. Semasa main balik video, gunakan bar tatal di bahagian bawah skrin pemain untuk mundar laju, mandir atau lihat lebih banyak pilihan. Untuk menghentikan main balik video, pilih butang kembali di sudut atas kiri skrin anda. Jika bar tatal atau butang kembali tidak kelihatan pada skrin anda, gerakkan kursor anda sehingga dipaparkan.

Resolusi

  • Sehingga 1080p pada Google Chrome

  • Sehingga 720p pada apl Netflix daripada Google Play Store

Sari kata & audio alternatif

Pilih ikon "Audio dan Sari Kata" untuk memilih runut bahasa alternatif atau menghidupkan sari kata jika tersedia.

Anda boleh menonton Netflix pada komputer Chromebook atau Chromebox anda melalui laman web Netflix atau apl Netflix daripada Gedung Google Play.

Laman web Netflix

  1. Navigasi ke Netflix.com.

  2. Pilih Daftar Masuk dan ikut arahan pada skrin.

Apl Netflix daripada Gedung Google Play

Untuk memuat turun apl Netflix, Google Play Store mestilah didayakan pada komputer anda. Lawati laman sokongan Google untuk mendapatkan bantuan jika Play Store belum didayakan.

  1. Buka apl Play Store.

  2. Cari Netflix

  3. Pilih apl Netflix.

  4. Pilih Pasang. Apl Netflix akan dimuat turun dan dipasang pada komputer anda.

  5. Klik Pelancar ()

  6. Cari dan pilih apl Netflix.

  7. Apabila dalam apl Netflix, pilih Daftar masuk dan ikut arahan pada skrin.

Untuk daftar keluar daripada akaun Netflix pada peranti anda, ikut langkah berikut.

Laman web Netflix

  1. Pada skrin utama Netflix.com, tuding pada nama profil anda di sudut atas kanan halaman.

  2. Pilih Daftar keluar daripada Netflix.

Apl Netflix daripada Gedung Google Play

  1. Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya.

  2. Di bahagian atas kanan, ketik Lagi .

  3. Ketik Daftar Keluar , kemudian ketik Daftar Keluar untuk pengesahan.

Artikel Berkaitan