Mengapakah rancangan TV dan filem dialih keluar daripada Netflix?

Netflix mendapatkan lesen rancangan TV dan filem daripada studio di seluruh dunia. Walaupun kami berusaha untuk mengekalkan tajuk yang mahu anda tonton, sesetengah tajuk perlu dihentikan tayangan dari Netflix disebabkan perjanjian pelesenan.

Apabila lesen sesebuah rancangan TV atau filem akan tamat tempoh, kami akan mempertimbangkan perkara seperti:

  • Jika hak terhadap tajuk tersebut masih tersedia

  • Kepopularan tajuk tersebut di sesebuah rantau, dan kos untuk mendapatkan lesen

Jika sesebuah rancangan TV atau filem dibaharui, kandungan ini akan kekal di Netflix untuk tontonan anda. Jika sesebuah tajuk tidak dibaharui, kami akan memaklumi anda bahawa kandungan tersebut akan dihentikan tayangan.

Untuk maklumat lanjut tentang pemerolehan lesen atau ketersediaan tajuk, lihat Cara Netflix mendapatkan lesen rancangan TV dan filem atau Tidak dapat mencari rancangan TV atau filem.

Artikel Berkaitan