Peranti pemancar atau ikon pancar tidak dipaparkan pada apl Netflix

Jika anda mengetik butang Pancar tetapi tidak melihat mana-mana peranti atau butang Pancar tidak ditemukan sama sekali, hal ini bermaksud sama ada peranti anda tidak dapat dicari disebabkan tetapan atau masalah rangkaian, atau peranti yang serasi dengan Netflix tidak tersedia untuk pemancaran.

Jika anda melanggan pengalaman dengan iklan, anda tidak akan dapat menggunakan TV anda sebagai paparan untuk kandungan Netflix yang dimainkan pada peranti mudah alih anda (melalui pancaran atau pencerminan).

Jika anda tidak menggunakan salah satu peranti yang disenaraikan di bawah, anda tidak akan dapat memancarkan Netflix pada TV daripada telefon atau tablet anda. (Sila gunakan alat kawalan jauh yang disertakan bersama peranti anda untuk menavigasi dan menonton Netflix.)

  • Chromecast generasi ke-3 atau lebih lama (tidak disertakan dengan alat kawalan jauh fizikal)

  • Google Nest Hub Smart Display

  • TV Vizio terpilih yang didayakan pemancaran

  • TV Compal terpilih yang didayakan pemancaran

Jika anda menggunakan salah satu peranti di atas tetapi masih menghadapi masalah pemancaran, teruskan ke langkah penyelesaian masalah yang seterusnya.

Ikut langkah untuk peranti anda:

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka apl Tetapan.

  2. Ketik Google > Peranti & perkongsian > Pilihan pancar.

  3. Hidupkan Mod tetamu atau Gunakan maklumat rangkaian.

  4. Cuba Netflix sekali lagi.

Perhatian:Mod tetamu akan dimatikan secara automatik selepas 2 jam. Anda perlu menghidupkan mod tetamu semula untuk meneruskan tontonan.

  1. Buka apl Google Home pada telefon atau tablet Android anda. Jika anda tidak memasangkan apl tersebut, anda boleh mendapatkannya daripada Google Play Store.

  2. Pada bahagian bawah kiri, ketik ikon Laman Utama, kemudian tatal ke bawah untuk mencari Chromecast anda.

    • Jika anda tidak menemukan Chromecast anda atau peranti tersebut dipaparkan sebagai Luar Talian, anda mungkin perlu memasang atau menyambungkannya kepada rangkaian yang sama dengan telefon atau tablet anda. Untuk mendapatkan bantuan, ikut langkah Google untuk menyambungkan Chromecast anda kepada rangkaian lain.

    • Jika Chromecast anda dipaparkan sebagai Hidup, maka rangkaian yang betul disambungkan.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

Anda mungkin perlu mengemas kini apl Google Home dan apl Google Play Services untuk menyelesaikan masalah ini.

Untuk mengemas kini apl pada telefon anda:

Perhatian:Jika anda tidak menyambung kepada Wi-Fi atau mahu menjimatkan data mudah alih, anda juga boleh mengikut langkah Google untuk mengemas kini setiap apl secara berasingan.

  1. Buka apl Google Play Store.

  2. Di bahagian atas kanan, ketik ikon profil anda.

  3. Ketik Urus apl & peranti.

  4. Di bawah Kemas kini tersedia, ketik Kemas kini semua. Jika anda tidak melihat pilihan ini, hal ini bermakna apl anda adalah terkini.

  5. Apabila kemas kini selesai, tutup dan buka semuka apl Netflix, kemudian cuba pemancaran sekali lagi.

Tablet with power icon indicating turn off process

  1. Matikan telefon atau tablet anda. Pastikan peranti dimatikan, bukan hanya dikunci.

  2. Hidupkannya semula.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

Illustration of a TV with a power button symbol, a power strip, and a 15-second timer, suggesting a restart device process

  1. Matikan peranti anda. Jika peranti anda mempunyai kabel kuasa, cabut palam peranti anda.

  2. Pastikan peranti anda dimatikan sepenuhnya dan bukan dalam mod tidur atau tunggu sedia.

  3. Biarkan peranti anda dimatikan selama 15 saat.

  4. Hidupkan peranti anda dan cuba Netflix sekali lagi.

Untuk menggunakan Netflix dengan peranti yang menyokong pemancaran, peranti Android anda mestilah menjalankan Android OS versi 9 atau lebih baharu.

Untuk menyemak versi anda:

  1. Pergi ke Tetapan > Sistem > Kemas kini perisian.

  2. Ketik Kemas kini perisian.

  3. Jika nombor versi ialah 8 atau lebih lama, anda perlu mengemas kini peranti Android anda, kemudian cuba lagi.

Jika anda telah melengkapkan langkah di atas tetapi masih menghadapi masalah, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Untuk membenarkan Netflix mencari Chromecast atau TV pada rangkaian tempatan anda:

  1. Buka Tetapan.

  2. Dalam senarai, cari dan ketik Netflix.

  3. Pastikan tetapan Rangkaian Tempatan dihidupkan.

  1. Buka apl Google Home pada telefon atau tablet Android anda. Jika anda tidak memasangkan apl tersebut, anda boleh mendapatkannya daripada Google Play Store.

  2. Pada bahagian bawah kiri, ketik ikon Laman Utama, kemudian tatal ke bawah untuk mencari Chromecast anda.

    • Jika anda tidak menemukan Chromecast anda atau peranti tersebut dipaparkan sebagai Luar Talian, anda mungkin perlu memasang atau menyambungkannya kepada rangkaian yang sama dengan telefon atau tablet anda. Untuk mendapatkan bantuan, ikut langkah Google untuk menyambungkan Chromecast anda kepada rangkaian lain.

    • Jika Chromecast anda dipaparkan sebagai Hidup, maka rangkaian yang betul disambungkan.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

Anda mungkin perlu mengemas kini apl Google Home untuk menyelesaikan masalah ini.

Untuk mengemas kini apl pada iPhone atau iPad anda:

Perhatian: Jika anda tidak menyambung kepada Wi-Fi atau mahu menjimatkan data mudah alih, anda juga boleh mengikut langkah Apple untuk mengemas kini setiap apl secara berasingan.

  1. Buka apl App Store.

  2. Di bahagian atas kanan, ketik ikon profil anda.

  3. Ketik Apl.

  4. Dalam senarai, cari apl Google Home.

  5. Ketik butang Kemas kini. Jika anda tidak melihat pilihan ini, maka apl anda adalah terkini.

  6. Apabila kemas kini selesai, tutup dan buka semuka apl Netflix, kemudian cuba pemancaran sekali lagi.

  1. Tekan dan tahan butang sisi dan salah satu butang kelantangan pada masa yang sama sehingga gelangsar dipaparkan. Seret gelangsar atas untuk mematikan peranti anda sepenuhnya.

    • Jika gelangsar tidak dipaparkan, tekan dan tahan butang Tidur/Bangun sehingga gelangsar merah dipaparkan, kemudian seret gelangsar.

  2. Selepas 10 saat, tekan butang Tidur/Bangun.

  3. Setelah kuasa peranti anda dihidupkan, cuba Netflix sekali lagi.

Illustration of a TV with a power button symbol, a power strip, and a 15-second timer, suggesting a restart device process

  1. Matikan peranti anda. Jika peranti anda mempunyai kabel kuasa, cabut palam peranti anda.

  2. Pastikan peranti anda dimatikan sepenuhnya dan bukan dalam mod tidur atau tunggu sedia.

  3. Biarkan peranti anda dimatikan selama 15 saat.

  4. Hidupkan peranti anda dan cuba Netflix sekali lagi.

Untuk menggunakan Netflix dengan peranti yang menyokong pemancaran, iPhone atau iPad anda mestilah menggunakan iOS atau iPadOS versi 16 atau lebih baharu.

Untuk menyemak versi anda:

  1. Pergi ke Tetapan.

  2. Tatal ke bawah dan ketik Umum.

  3. Ketik Perihal.

  4. Di sebelah Versi, perhatikan nombor versi.

Jika nombor versi di bawah 16, ikut langkah Apple untuk mengemas kini iPhone atau iPad anda, kemudian cuba lagi.

Jika anda telah melengkapkan langkah di atas tetapi masih menghadapi masalah, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Artikel Berkaitan