Netflix menyatakan 'Tajuk ini hanya boleh dimuat turun 1 kali lagi.'

Jika anda melihat ralat pada iPhone atau iPad anda yang menyatakan

Tajuk ini hanya boleh dimuat turun 1 kali lagi.

Hal ini menunjukkan bahawa anda bakal mencapai bilangan muat turun maksimum bagi rancangan TV atau filem tertentu.

Sesetengah rancangan TV dan filem hanya boleh dimuat turun dalam bilangan yang terhad setahun bagi setiap akaun.

Anda boleh memilih Muat turun untuk mengesahkan bahawa anda ingin memuat turun rancangan TV atau filem tetapi anda tidak akan dapat memuat turun tajuk yang sama sekali lagi untuk tempoh hingga setahun. Jika anda ingin menonton rancangan TV atau filem tersebut dalam masa terdekat, anda perlu menyambung kepada Internet untuk menstrimnya. Jika tidak, anda boleh memilih rancangan TV atau filem yang berlainan untuk dimuat turun.

Artikel Berkaitan